Siakap Keli
resipi tauhu bergedil mudah
Kredit: Naddy's Kitchen

Kecur Air Liur, Ini Resipi Mudah Buat Tauhu Bergedil

Kecur Air Liur, Ini Resipi Mudah Buat Tauhu Bergedil

Tauhu bergedil adalah makanan yang boleh dinikmati bila-bila masa dan boleh dimakan bersama makanan bersup seperti soto, mi sup atau bihun sup.

Semuanya bergantung kepada cita rasa sendiri, tetapi yang pasti sambal kicap adalah peneman yang terbaik. Sekiranya tauhu bergedil dimakan bersama sambal kicap, ia memberikan satu kenikmatan yang berganda.

Ramai yang suka tauhu bergedil ini, kerana bahan-bahannya sangat mudah untuk didapati. Antara bahan masakan yang penting, semestinya tauhu, daging, kentang dan telur.

Tetapi, untuk menghasilkan tauhu bergedil yang sedap sehingga menjilat jari, boleh ikuti resipi mudah yang dikongsikan oleh Naddy’s Kitchen di bawah ini.

Resipi Tauhu Bergedil

Kredit: Naddy’s Kitchen

Bahan-bahan

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat tauhu bergedil ini semestinya kentang, bawang merah, bawang putih, daging cincang secukupnya dan tauhu.

Selain itu, sediakan garam dan perasa secukupnya, daun bawang atau daun sup, lada sulah secukupnya, minyak masak dan tiga hingga empat biji telur.

Untuk kentang, perlu dipotong nipis, bawang merah dan putih, ia perlu dihiris nipis manakala daging cincang perlu ditumis berasingan sehingga masak.

Kentang – potong nipis

Bawang merah – hiris

Bawang putih – hiris

Daging cincang secukupnya – ditumis berasingan hingga masak

Tauhu pok

Garam dan perasa secukupnya

Daun bawang atau daun sup

Lada sulah secukupnya

Minyak masak

3-4 biji telur

Cara-cara penyediaan

Mula-mula, panaskan minyak dan goreng kentang, bawang merah dan bawang putih hingga layu kekuningan. Angkat dan toskan minyak.

Kemudian masukkan bahan-bahan yang digoreng tadi ke dalam bekas kemudian tumbuk halus.

Kredit: Naddy’s Kitchen

Tumis daging cincang yang telah ditumis, garam, sedikit perasa, lada sulah, daun sup atau daun bawang. Tumbuk sekali lagi sehingga sedikit lumat.

Selepas itu, ambil tauhu pok, potong sedikit permukaan atas dan sumbat inti tadi ke dalam tauhu sehingga padat.

Pecahkan telur (ikut berapa banyak tauhu yang mahu digoreng) pukul dengan sedikit garam ketepikan.

Celup tauhu pok ke dalam bancuhan telur. Gaul mesra dan goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan.

Angkat dan toskan, siap untuk dihidangkan bersama sambal kicap.

BACA: Resipi Donut Susu Viral Khairul Aming Buat Ramai Terliur

Resipi Sambal Kicap

Kredit: Naddy’s Kitchen

Bahan-bahan

Bagi menghasilkan sambal kicap yang pedas dan sedap, adalah wajib untuk menyediakan cili padi hijau dan merah.

Cili padi hijau

Cili padi merah

Bawang putih

Kicap manis

Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara penyediaan

Satukan semua bahan dan kisar halus.

Setelah itu, masukkan ke dalam kuali dan masak seketika.

Kemudian, angkat dan sambal sedia dihidangkan bersama tauhu bergedil.

Sumber: Naddy’s Kitchen via Resipi Mudah/Facebook

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.