Siakap Keli
iftar rahmah
Gambar hiasan | Kredit: Wilayahku

630,000 Pek Juadah Berbuka Puasa Percuma ‘Iftar Rahmah’ Bernilai RM4 Juta Menanti Anda Sepanjang Ramadan

630,000 Pek Juadah Berbuka Puasa Percuma ‘Iftar Rahmah’ Bernilai RM4 Juta Menanti Anda Sepanjang Ramadan

Tidak hanya pada ‘menu’ makanan di kedai makan sahaja, kini konsep ‘Rahmah’ sudah dikembangkan lagi kepada juadah berbuka puasa secara percuma untuk insan memerlukan.

Demikianlah inisiatif Iftar Rahmah Ramadan 144H oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sepanjang Ramadan tahun ini.

JAWI dalam satu kenyataan memaklumkan, program tersebut merupakan salah satu inisiatif bagi membantu meringankan beban perbelanjaan rakyat.

“Iftar Rahmah Ramadan 1444H adalah sebuah program berkonsepkan soup kitchen yang berpusat di masjid dan surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

“(Ia) bagi menyediakan pek makanan dengan pelbagai jenis menu juadah berbuka puasa setiap hari secara percuma kepada golongan sasaran yang memerlukan.

“Tujuan utama program tersebut adalah untuk membantu meringankan beban kos sara hidup dalam kalangan ahli kariah,” maklum kenyataan itu baru-baru ini.

RM4 juta diperuntukkan untuk Iftar Rahmah Ramadan 144H

Menurut JAWI, sejumlah RM4 juta kos perbelanjaaan diperuntukkan oleh MAIWP bagi menjayakan program tersebut.

“Program Iftar Rahmah Ramadan 1444H dijangka dapat memberikan manfaat kepada 21,000 orang penerima setiap hari.

“Manakala jumlah keseluruhan penerima manfaat yang dijangkakan sepanjang program tersebut berlangsung (adalah) berjumlah 630,000 orang,” tambah kenyataan itu lagi.

Difahamkan inisiatif itu melibatkan penyertaan 70 buah masjid dan surau terpilih* di sekitar Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

(*senarai masjid & surau rujuk di bawah)

Petugas masjid & surau ‘merewang’ sediakan juadah Iftar Rahmah Ramadan 144H

Dalam pada itu, difahamkan kaedah pelaksanaannya adalah petugas masjid dan surau akan bersama-sama ‘merewang’ dan memasak juadah secara bergotong-royong.

Setelah siap, kesemua juadah berkenaan akan diedarkan kepada golongan sasaran yang ditentukan seperti kalangan penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Projek Perumahan Awam.

Tidak terkecuali turut sama akan menerima juadah Iftar Rahmah Ramadan 144h semestinya adalah golongan B40, asnaf, petugas barisan hadapan dan mereka yang memerlukan.

Untuk info, Iftar Rahmah Ramadan 144H adalah sebuah program yang dijalankan di bawah agenda Pelan Transformasi Hal Ehwal Agama Menuju Malaysia Madani (Al-Falah).

Pelan transformasi tersebut dilancarkan secara rasminya oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar awal Februari lalu.

Senarai 70 masjid & surau terpilih di WP Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan untuk Iftar Rahmah Ramadan 144H

WP Kuala Lumpur

Zon 1:

  • Masjid Al-Zakirin, Taman Wilayah Selayang
  • Masjid Al-Qurtubi, Taman Seri Segambut
  • Masjid Saidina Hamzah, Kg. Batu Muda Off Jalan Ipoh
  • Masjid Abu Hurairah, Batu 5, Jalan Ipoh
  • Masjid Al-Firdaus, Segambut Luar
  • Surau Al Hikmah, PPR Beringin, Jinjang Utara
  • Surau Al-Hidayah, PPR Taman Wahyu 2, Batu 6 Jalan Ipoh 
  • Surau Al-Muhajirin, PPR Batu Muda, Jalan Ipoh
  • Surau Al-Hijriah, PPR Sri Aman, Jinjang Utara
  • Surau Al-Hijrah, Mutiara Magna No. 2 Jln Metro Prima 1

Zon 2:

  • Masjid Amru Bin Al-‘As, Bandar Baru Sentul 
  • Masjid Saad bin Abi Waqqas, Bt. 4, Jalan Gombak
  • Masjid Al-Hidayah, Sentul Pasar, Sentul
  • Masjid Zaid bin Haritsah, Kg. Sg. Mulia
  • Masjid Salahuddin al- Ayyubi, Taman Melati, Setapak
  • Surau Raudhatul Muttaqin, Taman Dato’ Senu
  • Masjid Ibn Abbas, No.61, Jalan Taman Ibukota 
  • Masjid Saidina Ali.K.W, Kampung Padang Balang
  • Surau Ikhlasiah Kampung Chubadak Tambahan, Sentul KL
  • Madrasah Al-Khairiah, Block 33 Flat Seri Perak, Bandar Baru Sentul

Zon 3:

  • Surau AlFalah, Projek Perumahan Awam Hiliran Ampang KL
  • Masjid As-Syakirin KLCC, 1, Jalan Pinang
  • Surau Jumaat Institut Jantung Negara
  • Masjid Ar-Rahimah, Kg Pandan
  • Surau At-Taufiqiyah, Jalan Menteri, Jalan Perkasa
  • Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Jalan Perak
  • Masjid Jamek Alam Shah, Jalan Tun Razak
  • Surau Abbas Al-Habshee, PPR Laksamana, Jalan Peel 
  • Surau Al Hijrah, Chow Kit, Kuala Lumpur
  • Surau Al-Islah, PPR Sri Sarawak, Loke Yew, Jalan Kenanga

Zon 4:

  • Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju
  • Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah, Taman Sri Rampai
  • Masjid Al Akram, Datuk Keramat, Kg. Datuk Keramat
  • Surau Jumaat Balai Islam, Jalan Tun Razak
  • Surau Jumaat Al Husna, Blok F, PPR Sri Semarak, Jalan Ayer Keroh, Setapak
  • Surau Jumaat At Taqwa, Surau PPR Blok B, PPR Kampung Baru Ayer Panas
  • Masjid Ibnu Sina, Titiwangsa
  • Masjid Jamiul Ehsan, Setapak
  • Surau Jumaat Muhajirin, Jalan Persiaran Rejang, Desa Rejang, Taman Setapak Jaya
  • Surau Jumaat As-Syakirin, AU3, Keramat Wangsa

Zon 5:

  • Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan
  • Masjid Al-Najihin, Jalan Sri Permaisuri
  • Masjid Zaid bin Thabit, Desa Tun Razak
  • Masjid Saidina Othman Ibn Affan, Bandar Tun Razak
  • Masjid Ibnu Khaldun, Pekan Sg. Besi
  • Masjid Azzubair Ibnul Awwam, Batu 3 ½, Jalan Cheras
  • Masjid Abdul Rahman bin Auf, Jalan Puchong
  • Masjid Al-Khasyi’in, Jalan 2/125, Taman Desa Petaling
  • Surau Jumaat Asy-Syakirin, PPR Muhibbah Jalan Puchong
  • Masjid Abdullah bin Zubair, Pengkalan Tentera Udara, Jalan Lapangan Terbang Lama

Zon 6:

  • Masjid Ar-Rahman UM, Jalan Pantai Baru
  • Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Jalan Ara Bangsar
  • Masjid Al-Ikhlasiah, Bukit Kerinchi C2, Pantai Hill Park, Jalan Pantai Permai 7, Off Jalan Pantai Dalam
  • Masjid Jamek Al-Khadijiah, No. 5, Jalan Pantai Dalam
  • Masjid Jamek Tg. Abd. Aziz Shah, Kg. Sg. Penchala, Jalan Damansara
  • Masjid Al-Hidayah, Lot 2957, Kg. Sg. Penchala, Jalan Damansara
  • Surau Al-Hijrah, No. 1, PPR Pantai Ria, Jalan Pantai Dalam, Off Jalan Kg. Pasir
  • Surau Ihsaniah, Blok 4-A-G, Kondo Rakyat Desa, Pantai Hillpark, Pantai Dalam
  • Madrasah Nurul Huda, No. 117, Apartment Hj. Abdullah Hukum, Kg. Haji Abdullah Hukum, Jalan Bangsar
  • Surau Ibadurahman Lot PT 8, PPR Kampung Limau, Jalan Pantai Dalam

WP Putrajaya

  • Masjid Mahmoodiah, Presint 18
  • Surau Putra Al-Amin, Presint 8
  • Surau Al-Furqan, Presint 11
  • Surau Jannatul Firdaus, Presint 5
  • Surau Al Muqarrabin, Presint 3

WP Labuan

  • Masjid Al-Munawwar, Kg. Pohon Batu
  • Masjid Jamek An-Nur, Pusat Bandar
  • Masjid Al-Sultan Abdullah, Kg Sungai Bedaun
  • Masjid Sirajul Islam, Kg. Tanjung Aru
  • Masjid Jamek Layang Layangan, Kg Layang-Layangan

Sumber: Kenyataan media Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'