Siakap Keli
syihan hazmi cedera
Kredit: @bieybeauty/TikTok

Luka Kening Kanan, Isteri Sebak Pertama Kali Lihat Syihan Hazmi Cedera Depan Mata

Luka Kening Kanan, Isteri Sebak Pertama Kali Lihat Syihan Hazmi Cedera Depan Mata

Penjaga gol kebangsaan, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed dilapor mengalami kecederaan semasa perlawanan menentang Hong Kong pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor semalam.

Isterinya yang dikenali sebagai Biey berkata itu merupakan kali pertama dia melihat suaminya cedera di hadapan matanya sehingga berdarah.

Dalam satu perkongsian di TikTok (@bieybeauty), Biey memaparkan satu rakaman video Ahmad Syihan berjumpa dengan anak-anaknya sebelum memasuki ambulans.

Kredit: @bieybeauty/TikTok

Ahmad Syihan berjumpa dengan keluarga kecilnya yang sedang menunggu beliau sebelum dihantarkan ke hospital.

Penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT) itu dilihat berada dalam keadaan penat namun masih sempat untuk menyantuni isteri dan anak-anaknya dengan memberikan pelukan.

“Lepas pelanggaran ada luka di kening kanan, jadi Syihan dibawa ke hospital untuk jahitan. Biey percaya, ujian sebab Allah sayang.

“Bagai nak luruh jantung saat tengok suami terbaring atas padang. Alhamdulillah semoga tiada yang serius, hanya luka tepi mata (kening).

“Pertama kali tengok suami cedera depan mata sampai berdarah. Of course takut bertambah sedih,” tulisnya di video tersebut.

Sebagai isteri, Biey menjelaskan keadaan itu sememangnya membuatkan dia sedih kerana risau sesuatu yang berat menimpa suaminya.

BACA: Tempat ‘Favourite’ Mak-mak Beli Perabot, CEO Jawab Kenapa Jenama Terkenal Courts Mammoth Tukar Nama Jadi COURTS Malaysia

Namun, dia mencuba sedaya upaya untuk tidak menunjukkan perasaan itu, susulan tidak mahu anak-anaknya risau.

Tambahan juga, Biey tidak mahu Ahmad Syihan hilang fokus untuk perlawanan seterusnya sekiranya dia terlebih tonjolkan perasaan itu.

Kredit: @bieybeauty/TikTok

Akan tetapi, anak sulung perempuannya seakan-akan memahami bahawa ayahnya berada dalam keadaan tidak sihat.

“Kena kuat untuk anak-anak dan kena tunjuk kuat supaya suami pun kuat dan fokus untuk perlawanan seterusnya.

“Tapi kakak sudah besar dan faham, dia langsung tidak boleh tengok ayah sakit, dengan saya sekali jadi sebak,” ujarnya.

Insiden yang berlaku itu sememangnya membuka mata keluarga Ahmad Syihan, lebih-lebih lagi isterinya.

Walaupun sering mendoakan mengenai keselamatannya, tetapi jika sudah ditakdirkan Allah, ia tetap akan terjadi.

Pun begitu, Biey tetap positif dengan kejadian yang berlaku dan berkata semua ini mempunyai hikmah di sebaliknya.

“Sentiasa mendoakan tapi kun fayakun, mesti ada hikmah. Ujian untuk jentik hati kita dan mungkin rezeki lebih besar menanti,” tambah Biey.

Malaysia benam Hong Kong 2-0, tutup siri aksi persahabatan dengan bergaya

Semalam, media melaporkan Malaysia menutup jendela perlawanan antarabangsa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bulan ini dengan bergaya, selepas menewaskan Hong Kong 2-0.

Ia kemenangan kedua skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon, dalam jendela perlawanan antarabangsa FIFA dari 20-28 Mac selepas mengatasi Turkmenistan 1-0 di venue sama, Khamis lepas.

@bieybeauty

Semoga tiada apa2 yang serius, doakan syihan yang kini dihospital untuk dapatkan rawatan 💪🏻#Getwellsoonsyihan #syihanhazmi #syihan #cepatsembuhsayang #focusnextgame #fyp

♬ Tasbih Dzikir – IFTAH QULUBANA

Sumber: @bieybeauty/TikTok

BACA: Malaysia Juara Piala Merlion, Benam Hong Kong 2-1

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.