Siakap Keli
kod warna tiub ubat gigi
Gambar: SYDNEY WATSON/TASTE OF HOME

Ada Fungsi Tersendiri, Ini Maksud Kod Warna Pada Tiub Ubat Gigi

Ada Fungsi Tersendiri, Ini Maksud Kod Warna Pada Tiub Ubat Gigi

Seperti yang diketahui, gigi merupakan satu komponen yang penting dalam tubuh badan kita. Ia membantu dan memudahkan pengambilan makanan seharian.

Tanpa gigi, kita tidak dapat mengunyah makanan yang keras dan sebagainya. Namun, pengambilan seperti manisan juga boleh memberi kesan buruk kepada gigi.

Oleh itu, pentingnya kesihatan gigi untuk sentiasa dijaga sejak kecil lagi. Ia bagi mengelakkan gigi anda cepat rosak atau terpaksa dicabut.

Bagaimanakah caranya? Jawapannya adalah dengan sentiasa memberus gigi dan melakukan pemeriksaan secara berkala.

Sehingga kini, terdapat pelbagai jenis ubat gigi yang telah dikeluarkan dalam pasaran. Sesetengah daripadanya mempunyai klarifiasi atau kegunaan tersendiri seperti mencerah dan nafas yang lebih segar.

Namun, pernahkah anda melihat terdapat kod warna yang berbeza pada setiap tiub ubat gigi yang dibeli?

Mitos Kod Warna Pada Tiub Ubat Gigi 

Setiap ubat gigi yang dihasilkan mempunyai jenis warna yang berbeza pada hujung bahagian produk itu. Disebabkan perkara itu, timbul pelbagai pandangan dan mitos mengenai maksud disebaliknya.

Sesetengah orang berpendapat bahawa label warna tersebut mempunyai kaitan dengan bahan yang digunakan dalam ubat gigi.

Sebagai contoh, label hijau pada ubat gigi merujuk kepada bahan semula jadi. Manakala label biru pula merujuk kepada campuran semula jadi dan ubat gigi.

BACA JUGA: “Nak Gigit Sakit,” Gigi Retak Sampai Ke Akar, Doktor Ini Pesan Jangan Suka Kunyah Benda Keras 

Selain itu, warna merah pula bermaksud campuran bahan semula jadi dan bahan kimia. Warna hitam bererti hanya menggunakan bahan kimia.

Walau bagaimanapun, kesemua maklumat tersebut adalah tidak tepat.

Maksud Kod Berwarna

Menurut Syarikat Produk Pergigian, Colgate, tanda warna yang terdapat pada hujung tiub ubat gigi bertujuan untuk mengesan sensor cahaya.

Ia juga bagi memudahkan produk itu dipotong dan dimeterai dengan betul. Kebiasaannya, bahan-bahan yanng digunakan untuk pembuatan ubat gigi akan dicetak pada pembungkusan.

Dalam pada itu, Persatuan Pergigian Amerika juga menjelaskan bahawa kebanyakan ubat gigi menggunakan bahan asas yang sama.

Antaranya termasuklah bahan pelelas untuk membersihkan gigi, humektan untuk melembutkan ubat gigi dan detergen untuk membantu ubat gigi berbuih.

Selain itu, ia juga mempunyai bahan fluorida untuk membantu mencegah kerosakan gigi dan kaviti bagi menguatkan enamel gigi.

Sumber: Reader Digest, Colgate

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?