Siakap Keli
hannah yeoh zii jia
Kredit: Bernama

Hannah Yeoh Jumpa Zii Jia Minggu Depan

Hannah Yeoh Jumpa Zii Jia Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) — Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh akan mengadakan pertemuan dengan jaguh perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia pada minggu depan.

Bercakap kepada Bernama, Yeoh berkata beliau akan mendengar segala permasalahan dihadapi pemain keempat dunia itu dalam perjumpaan tersebut.

“Saya  kena jumpa dia dahulu untuk dengar masalah dia…mungkin Zii Jia tak nak masuk BAM (Persatuan Badminton Malaysia) kita tidak tahu,” katanya selepas menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Persatuan Hoki Dalam Air Malaysia di sini, hari ini.

Yeoh berkata beliau akan mengumumkan perkembangan lanjut kepada umum selepas berjumpa dengan Zii Jia.

Sebelum ini, media melaporkan Yeoh mahu mengadakan pertemuan empat mata dengan pemain berusia 25 tahun itu sebaik Zii Jia pulang daripada siri kejohanan di Eropah bagi membantunya susulan prestasi tidak menentu sejak kebelakangan ini.

Spekulasi kepulangan pemain kelahiran Kedah ke BAM juga bertiup kencang selepas juara All England 2021 itu bertemu dengan Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria sebanyak dua kali sebelum ini.

BACA: Kemunculan ‘Petroyuan’ China, Dominasi Dolar Amerika Akan Tergugat?

Sumber: Bernama

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma