Siakap Keli
web jabatan imigresen digodam

“Hackey by CaptainSmok3r”, Laman Web Jabatan Imigresen Malaysia Digodam?

“Hackey by CaptainSmok3r”, Laman Web Jabatan Imigresen Malaysia Digodam?

Pengguna media sosial hari ini mendakwa bahawa laman web rasmi Jabatan Imigresen Malaysia telh digodam oleh pihak yang tidak diketahui.

Berdasarkan ciapan Xavier Naxa pada jam 12.52 tengahari tadi, pengguna menunjukkan tangkap layar keputusan enjin cariannya (search engine results).

Dalam tangkap ayat berkenaan, laman web Jabatan Imigresen Malaysia (https://www.imi.gov.my/) bertukar nama kepada ‘Hacked by Captain Smok3r’.

Selain itu, terdapat satu kenyataan pada keputusan tersebut antaranya frasa ”Sekadar untuk berhibur”. Setakat ini, tidak diketahui identiti sebenar CaptainSmok3r dan juga kewarganegaraannya.

Respons dari Jabatan Imigresen Malaysia

Dalam pada itu, Jabatan Imigresen Malaysia dalam satu tweetnya hari ini memaklumkan bahawa laman web rasminya kini sedang diselenggara.

Satu notis penyelenggaraan sementara waktu juga dimuat naik bersama tweet berkenaan.

“Dimaklumkan bahawa, laman web Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) iaitu http://imi.gov.my sedang diselenggara buat sementara waktu.”

Walau bagaimanapun, pihak Imigresen Malaysia tidak memberikan jangkaan tempoh penyelenggara mahupun anggaran masa penyelenggaraan tamat dalam ciapannya di Twitter.

Namun begitu, tiada sebarang kenyataan menyentuh sama ada laman web tersebut telah digodam atau sebaliknya diletakkan bersama tweet berkenaan.

Selain portal rasmi Jabatan Imigresen Malaysia, Xavier Naxa turut mendakwa laman sesawang rasmi Institut Jantung Negara (IJN) turut digodam.

Laman web tersebut tiba-tiba bertukar bahasa kepada bahasa yang dipercayai sebagai bahasa Belanda.

Berbeza dengan laman web Jabatan Imigresen, laman web tersebut tidak menunjukkan nama entiti yang dipercayai sebagai penggodam laman berkenaan.

BACA: Anwar Jawab Isu Vape, Pegawai Perubatan Kontrak, Lawatan Ke China Di Dewan Rakyat

Sumber: Xavier Naxa & Jabatan Imigresen Malaysia via Twitter

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma