Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Nilai Dogecoin Melonjak 30% Lepas Logo Twitter Ditukar Kepada Imej Shiba Inu

Iqbal Yasir
nilai dogecoin melonjak
Gambar: Lionel Bonaventure / AFP & Twitter Elon Musk

Nilai Dogecoin Melonjak 30% Lepas Logo Twitter Ditukar Kepada Imej Shiba Inu

NEW YORK — Nilai mata wang digital, dogecoin dilaporkan melonjak lebih 30 peratus selepas Ketua Pegawai Eksekutif Twitter Elon Musk menggantikan logo Twitter dengan imej Shiba Inu, lapor CNBC News.

Difahamkan, logo itu muncul selepas Musk meminta hakim Persekutuan untuk membatalkan tuntutan mahkamah RM1,137 bilion ($258 bilion) dari 2022 yang menuduh jutawan itu memanipulasi harga dogecoin dan menaikkannya lebih 36,000%.

Susulan itu, logo platform berkenaan telah digantikan dengan ikon seekor anjing yang melambangkan mata wang kripto berkenaan. Selain itu, Musk turut memuat naik perkongsian sebuah gambar (meme) kepada 133.5 juta pengikutnya di Twitter.

Menurut CNN, masih tidak diketahui sama ada logo berkenaan akan terus kekal atau akan diganti semula dengan logo ‘burung Twitter’ yang sedia ada.

Harga Dogecoin Lonjak Dalam Masa 24 Jam

Dalam masa yang sama, harga mata wang digital itu juga dilaporkan melonjak lebih daripada 20 peratus dalam tempoh 24 jam lalu. Ia meningkat sebanyak 9 sen daripada harga yang didagangkan sebelum pagi Isnin, di bawah 8 sen, lapor CNN.

Setakat ini, nilai dogecoin telah melonjak kepada sekitar RM54.6 bilion ($12.4 bilion), maklum TechCrunch.

Gambar: Yahoo! Finance

BACA JUGA: Elon Musk Rampas Gelaran Manusia Paling Kaya Di Dunia

Untuk makluman, Dogecoin telah diciptakan oleh pasangan jurutera perisian sebagai jenaka pada 6 Disember 2013. Ia menjadi popular sejak sedekad lalu apabila menggunakan maskot Shiba Inu (anjing).

Menurut CoinMarketCap.com, dogecoin ialah mata wang kripto kelapan paling bernilai dengan had pasaran melebihi RM57 bilion ($13 bilion).

Tuntutan Musk Di Mahkamah

Pada tahun lalu, pemilik syarikat Twitter itu dipercayai memprovokasi mata wang dogecoin itu. Musk mendakwa bahawa kripto tersebut boleh diramal disebabkan naik turunnya.

Sementara itu, menurut laporan TechCrunch, pemilik media sosial itu ingin menafikan beberapa saman berkaitan dengan mata wang kripto.

Dalam saman berkenaan, dia telah mendakwa dogecoin sebagai mata wang kripto yang sah. Ia juga telah memegang had pasaran hampir RM44 bilion ($10 bilion).

Dalam tuntutan mahkamah itu, dua syarikat Musk yang lain juga terlibat iaitu Tesla dan Boring.

Pada Disember 2021, Tesla mengumumkan bahawa syarikat berkenaan telah menerima dogecoin untuk beberapa barangan. Manakala pada 2022, Twitter memaklumkan bahawa pembayaran dogecoin boleh digunakan secara langsung.

Ia secara tidak langsung telah melonjakkan pasaran itu kepada 15 peratus.

Umumnya, Tesla sememangnya mempunyai aset digital seperti bitcoin dan dogecoin untuk kegunaan bayaran beberapa barangan.

“Kami tidak menjual sebarang dogecoin kami. Kami masih mempunyainya,” katanya sewaktu memaklumkan pendapatan tahun lepas.

Sumber: CNN News, CNBC News, TechCrunch