Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Masjid, Surau Diminta Solat Hajat Untuk Rakyat Palestin

Syed Faisal Sayed Muhammad
Solat hajat untuk rakyat Palestin
Kredit AFP

Masjid, Surau Diminta Solat Hajat Untuk Rakyat Palestin

KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) — Masjid di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diarahkan untuk melaksanakan solat hajat esok susulan peristiwa serangan polis Israel terhadap rakyat Palestin dan jemaah yang berada di Masjid Al-Aqsa hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mohktar berkata solat hajat melibatkan Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin itu, bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Palestin.

Baca: Bayar RM1 Pun ‘Rider’ Hantar, Ni Cara Nak Dapat Cas ‘Delivery’ Paling Rendah Bila Pesan Makanan

“Masjid dan surau di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) juga telah diminta melaksanakan solat hajat pada tarikh yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media hari ini melaporkan polis Israel menyerang puluhan jemaah di pekarangan Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis sebelum waktu subuh, mengakibatkan tujuh daripada mereka cedera sementara 200 rakyat Palestin ditahan.

Menurut Mohd Na’im Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan polis Israel itu kerana disifatkan sebagai biadab serta amat tidak bertanggungjawab.

“Malah tindakan tersebut berulang setiap tahun ketika umat Islam menjalani ibadah di bulan Ramadan, katanya.

Sumber: BERNAMA