Siakap Keli
baling bungkusan makanan
Kredit: Awani

Penghantar Makanan Ditahan Bantu Siasatan Kes Baling Bungkusan Makanan

Penghantar Makanan Ditahan Bantu Siasatan Kes Baling Bungkusan Makanan

NIBONG TEBAL, 5 April (Bernama)Polis menahan seorang penghantar makanan sebuah syarikat penyedia perkhidmatan p-hailing bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang lelaki membaling bungkusan makanan dan minuman ke arah dua pekerja wanita di sebuah restoran, di sini semalam.

Video berdurasi 1 minit 20 saat memaparkan kejadian itu turut tular menerusi media sosial.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan DSP Mohd Norazmi Abd Ghapar berkata pihaknya menjalankan siasatan kes itu selepas mengesan video berkenaan semalam menerusi satu akaun dipercayai milik restoran tersebut selain turut menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan iaitu menggunakan kekerasan jenayah.

“Menerusi video itu, didapati terdapat dua lelaki dipercayai penghantar makanan yang datang ke restoran tersebut dengan seorang daripadanya bertindak membaling bungkusan makanan dan minuman ke arah dua pekerja wanita yang terdapat di kaunter,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Norazmi berkata penghantar makanan berkenaan yang ditahan di daerah ini semalam, kini direman untuk siasatan lanjut.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian supaya menyalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan di talian hotline 04-5858 222 atau mana-mana balai polis berdekatan.

BACA: Dua Lelaki Cemas Terperangkap Di Ruangan Mesin ATM Bank Di Mersing

Polis kesan Syafiq Raj bantu siasatan kes cuba bunuh

Kredit: BERNAMA

Minggu lalu, media melaporkan Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes cubaan membunuh seorang pesara pada 27 Feb lepas.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata lelaki itu, Syafiq Raj Kalai Selvan, 27, dicari selepas disyaki melanggar seorang lelaki dengan kereta hingga mangsa cedera parah.

“Mangsa sebelum itu menegur dua suspek lelaki yang berada di dalam kereta supaya memperlahan radio yang dibuka kuat,” katanya.

Christopher berkata satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan bunuh, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun.

Beliau berkata seorang lagi suspek berjaya ditahan pada 27 Feb lepas di kawasan Ayer Keroh di sini.

Katanya orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Syafiq Raj diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Ahmad Nazam Md Shah di talian 012-722 1913.

Sumber: BERNAMA

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana