Siakap Keli
Helikopter tentera Jepun Terhempas
SUMBER BBC

Helikopter Tentera Jepun Hilang Dari Radar, Mungkin Terhempas Dalam Laut

Helikopter Tentera Jepun Hilang Dari Radar, Mungkin Terhempas Dalam Laut

Sebuah helikopter milik tentera Jepun yang membawa 10 anggota tentera hilang dari radar berhampiran Pulau Miyoko pada Khamis.

Menurut laporan pegawai yang mengesahkan, helikopter UH60 dikenali sebagai Black Hawk dipercayai terhempas ke dalam laut di wilayah Okinawa.

Difahamkan, menurut Jeneral Yasunari Morishita memberitahu kepada pembaca Tokyo bahawa serpihan terapung yang boleh menjadi bahagian serpihan pesawat telah dikesan semasa operasi mencari dan menyelamat dijalankan. Beliau percaya bahawa kemalangan udara telah berlaku terhadap helikopter tersebut.

Helikopter milik Pasukan Pertahanan Diri Darat Jepun (GSDF) itu hilang pada skrin radar pada pukul 3 waktu tempatan.

Pasukan mencari dan menyelamat sedang meninjau kawasan berhampiran pada masa ia hilang.

Pengawal Pantai Jepun berkata bahawa kapal peronda kemudian mendapatkan bot penyelamat milik GSDF, menurut Kyodo News.

Minyak dan objek termasuk  sebahagian daripada bilah helikopter juga telah ditemui di laut yang dilaporkan oleh agensi berita.

Pulau Myiko yang terletak kira kira 400 km (250 batu) di timur Taiwan itu menempatkan unit peluru berpandu GSDF.

Japan Ground Self- Defense Force (GSDF) juga dikenali sebagai tentera Jepun cabang peperangan darat tentera Pertahanan Diri Jepun. GSDF dibentuk pada 1 Julai 1954 cawangan terbesar daripada tiga cawangan perkhidmatan lain.

Insiden Bahagian Tingkap Terhempas di sebuah Sekolah di Jepun tahun 2017

Terdahulu, insiden helikopter milik Amerika Syarikat terhempas di sekolah Jepun yang dilaporkan pada 2017.

Dilaporkan, bahagian daripada helikopter AS itu terhempas di sebuah sekolah di Okinawa Jepun. Tingkap itu terjatuh di kawasan sekolah menyebabkan seorang budak lelaki mengalami cedera ringan.

Tentera Amerika Syarikat juga turut mengesahkan dalam satu kenyataan bahawa tingkap salah satu bahagian jatuh ke padang  sebuah sekolah rendah di luar stesen pangkalan Futenma.

Pangkalan Futenma terletak di kawasan perumahan. Penduduk di kawasan tersebut telah lama bimbang tentang kemungkinan kemalangan akan berlaku kerana kawasan tersebut juga merupakan pangkalan Amerika Syarikat pada waktu itu.

Pulau Selatan Okinawa menjadi tuan rumah bagi kehadiran tentera Amerika Syarikat terbesar di Jepun.

Ekoran daripada beberapa kejadian kemalangan dan jenayah telah menyebabkan penentangan penduduk tempatan terhadap pangkalan Amerika Syarikat itu.

BACA: Ini Penjelasan Mufti Berhubung Pahala Digandakan Di Bulan Ramadan

Sumber: BBC

Mohd Raimi Ismail

peace on earth