Siakap Keli
bangkai buaya tembaga
Gambar: Sinar Harian

Perhilitan Selangor Sahkan Penemuan Bangkai Buaya Tembaga

Perhilitan Selangor Sahkan Penemuan Bangkai Buaya Tembaga

KUALA SELANGOR —  Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor mengesahkan kematian seekor buaya tembaga di Sungai Selangor, berhampiran Kampung Kuantan, semalam, lapor Sinar Harian.

Pengarah Perhilitan Selangor, Dennis Ten Choon Yung berkata, bangkai haiwan itu telah ditemui terapung oleh penduduk kampung dengan anggaran berat sekitar 500 hingga 600 kilogram.

Bagaimanapun jantina haiwan itu masih belum dikenal pasti.

“Buaya tersebut dipercayai mati dalam tiga hingga empat hari berdasarkan kepada keadaan fizikalnya,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Bangkai reptilia tersebut telah ditarik naik ke darat oleh penduduk selepas ditemui dalam keadaan kembung dan mula mereput.

Tambah Choon Yung, setakat ini, kerja pelupusan bangkai buaya Pak Itam sedang dijalankan.

Terkenal Kerana Sifat Baik & Tak Pernah Ganggu Orang

Semalam, tular beberapa gambar yang dimuat naik di media sosial Facebook yang memaparkan bangkai seekor buaya terapung di Sungai Selangor.

BACA: Tak Jadi Mandi, Warga Emas Cedera Diterkam Buaya 

Difahamkan, reptilia itu telah dikenali sejak berdekad lalu oleh pemancing yang sering turun sekitar sungai berkenaan.

Berikutan itu, ia telah diberi nama “Pak Itam” kerana sering dilihat kelibatnya.

“Akhirnya Pak Itam pergi di bulan mulia (Ramadan). Selamat jalan Pak Itam, ramai pemancing kenal Pak Itam. Baik dan tidak pernah ganggu orang.” katanya.

Terdahulu, dua ekor buaya sepanjang tiga meter dan 4.87 meter dilaporkan terlepas dari Pusat Hidupan Liar Matang atau Matang Wildlife Centre (MWC) pada Mac lalu, lapor Jabatan Perhutanan Sarawak (SFC).

Dalam kenyataan tersebut, SFC menjelaskan kejadian itu berlaku berikutan kandang rosak dan hujan lebat hingga berlakunya banjir kilat dan air deras.

“Sila ambil langkah berjaga-jaga sekiranya anda tinggal berhampiran MWC, terutama para penduduk di Kampung Rayu. Dua ekor buaya yang masing-masing berukuran 10 dan 16 kaki telah terlepas dari kandang yang rosak,” maklum SFC.

BACA JUGA: Umur Muda Tapi Muka Nampak Tua, 9 Makanan Mungkin Boleh Jadi Punca

Sumber: Sinar Harian 

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?