Siakap Keli
pn logo pas
Kredit: BERNAMA

PRN: Calon PN Di Kelantan, Terengganu Guna Logo PAS – Muhyiddin

PRN: Calon PN Di Kelantan, Terengganu Guna Logo PAS – Muhyiddin

PASIR PUTEH, 9 April (Bernama) — Calon Perikatan Nasional (PN) di Kelantan dan Terengganu akan menggunakan logo PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak.

Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan itu dicapai hasil perbincangan bersama parti komponen dalam PN yang bersetuju untuk mengguna pakai kaedah sama seperti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Hari ini (semalam), kita bincang soal politik, persiapan untuk PRN. Alhamdulillah, nampak Kelantan hampir sudah bersedia.

“Kita juga dah hampir selesai bincang pembahagian kerusi, sekarang dah dibincangkan di peringkat pusat di bawah jawatankuasa rundingan kerusi. Lain-lain perkara yang dibincangkan soal manifesto, calon dan logo dipakai seperti pada PRU15 lepas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat dengan pimpinan PN Kelantan yang turut dihadiri Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob di sini malam tadi.

Ditanya sama ada pembahagian kerusi akan turut menggunakan kaedah sama seperti ketika PRU15, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata perkara tersebut masih dalam perbincangan dan belum dimuktamadkan.

BACA: PRN: Dekati Pengundi Dengan Kaedah Digital – Ahmad Zahid

Calon BN kekal guna lambang dacing ketika PRN – Ahmad Zahid

Kredit: BERNAMA

Terdahulu, media melaporkan kesemua calon parti Barisan Nasional (BN) dilaporkan akan kekal menggunakan lambang dacing ketika bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Lapor Sinar Harian, Perkara itu disahkan oleh Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Mengulas lanjut, beliau berkata setakat ini pihaknya belum memuktamadkan soal pembahagian kerusia.

Namun ia telah mula dibincangkan di dalam Sekretariat Kerajaan Perpaduan.

“Soal pembahagian kerusi telah mula bincang tetapi belum dimuktamadkan,” ujarnya.

Ahmad Zahid berkata demikian dalam satu sidang akhbar selepas membuat sesi lawatan rasmi ke Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) di Putrajaya, pada Khamis.

Jelas beliau, pihaknya masih menjalinkan kerjasama dengan semua parti dalam Kerajaan Perpaduan tetapi akan menggunakan lambag parti BN dalam enam PRN yang bakal diadakan.

Terdahulu, enam kerajaan negeri telah memutuskan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada akhir Jun.

Sumber: BERNAMA

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana