Siakap Keli
kriteria imkanur rukyah
Gambar: Bernama & Astro Awani

Penentuan Tarikh 1 Syawal Guna Kriteria Imkanur Rukyah – Ahli Falak

Penentuan Tarikh 1 Syawal Guna Kriteria Imkanur Rukyah – Ahli Falak

KUALA LUMPUR — Penentuan tarikh 1 Syawal dilakukan menggunakan kaedah rukyah dan hisab berdasarkan kriteria Imkanur Rukyah bagi mengesahkan penampakan anak bulan.

Pegawai Falak Jabatan Mufti Perak, Mohamad Faizal Jani berkata terdapat dua syarat yang perlu diambil kira dalam perkara ini.

Antaranya termasuklah kedudukan anak bulan sewaktu matahari terbenam dan ia hendaklah berada di atas ufuk.

“Ada dua syarat iaitu jarak lengkung yang mana jarak antara matahari dan bulan hendaklah tidak kurang 6.4 darjah. Manakala tinggi bulan pula tidak kurang dari tiga darjah.

“Jadi sekiranya anak bulan itu kelihatan, tetapi kurang dari syarat ini maka dalam konteks kita di Malaysia. kita jangka anak bulan itu tidak boleh dilihat. Tetapi kalau berada di atas parameter disebut, maka dijangka boleh dilihat.

“Selepas itu kita akan bawa data tersebut sebagai panduan bagi kita mencerap anak bulan pada 29 Ramadan. Berdasarkan itu, kita ada 29 lokasi untuk cerap anak bulan,” ujarnya kepada Astro Awani hari ini.

BACA: Ahli Astronomi UAE Lapor Ramadan Tahun Ini Hanya 29 Hari, Jangka Aidilfitri Jatuh Pada 21 April

Sementara itu, keputusan penentuan tarikh itu bakal dibuat oleh badan berautoriti Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang dibantu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ia setelah kesemua laporan cerapan telah diserahkan.

Sementara itu, Mohamad Faizal juga mengingatkan umat Islam memperbanyakkan ibadat pada hari-hari terakhir Ramadan sambil bersabar menunggu pengumuman tarikh Aidilfitri.

“Nasihat saya kepada seluruh umat Islam di Malaysia, dalam kita nak menunggu bila tarikh 1 Syawal akan tiba, maka kita tunggu dengan sabar pengisytiharaan penyimpan mohon besar Raja-Raja pada 20 April nanti.

“Selepas itu, laporan dikeluarkan dan disampaikan kepada penyimpan mohor besar Raja-Raja.

“Umat Islam boleh bersabar dan terus menikmati keindahan dan hari-hari terakhir bulan Ramadan serta menggunakan peluang ini untuk terus beribadah kepada Allah SWT di samping membuat persiapan 1 Syawal nanti,” jelasnya.

BACA JUGA: Pengumuman Tarikh 1 Syawal: Umat Islam Diingat Rujuk Sumber Rasmi – Fahmi Fadzil

Sumber: Astro Awani 

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?