Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ahli Astronomi UAE Lapor Ramadan Tahun Ini Hanya 29 Hari, Jangka Aidilfitri Jatuh Pada 21 April
Hari pertama Raya Aidilfitri dijangka jatuh pada hari Jumaat, 21 April ini, kata Persatuan Astronomi Emirates.
“Kemungkinan besar, Ramadan tahun ini adalah selama 29 hari. Hari Raya Aidilfitri dan hari pertama Syawal adalah pada hari Jumaat, 21 April,” kata Ibrahim Al Jarwan, pengerusi lembaga pengarah persatuan itu.
Memetik The National, berdasarkan pengiraan astronomi, cuti Aidifitri di UAE dijangka bakal bermula dari 29 Ramadan hingga 3 Syawal. Bermula dari hari Khamis 20 April hingga ke Ahad, 23 April.
Walaupun begitu, pengumuman yang lebih tepat dilaporkan akan disahkan oleh jawatankuasa Penglihatan Bulan negara itu.
Ramadan dan Aidilfitri adalah mengikut kalendar Islam, yang terdiri daripada 12 bulan lunar berjumlah sama ada 354 atau 355 hari setahun. Oleh disebabkan itu, ia telah bergerak lebih awal 10 hari setiap tahun dalam kalendar Gregorian.
Sambutan Aidilfitri adalah merupakan perayaan yang suci disambut oleh umat Islam di seluruh dunia.
Hari pertama Aidilfitri bertepatan dengan hari pertama kalendar bulan Syawal. Sambutan dimulakan dengan solat sunat Hari Raya, sejurus selepas solat subuh.
Solat Aidilfitri disusuli dengan bacaan khutbah dan sebahagian besar daripasa perayaan itu adalah mengenai toleransi dan berkumpul bersama kaum keluarga bermohon maaf.
BACA: Ada 800 Kedai Pakaian, Ni Tempat Terbaik Korang Beli Baju Raya, Senang ‘Match’ Satu Keluarga
Terdahulu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memberikan peringatan terhadap semua pihak agar tidak membuat sebarang andaian ‘Raya Mengejut’ pada tahun ini.
Selain itu, orang ramai juga diminta untuk menghormati ketetapan yang dibuat oleh Majlis Raja-Raja berkenaan penentuan tarikh sambutan tersebut.
Kemudian, pihak tersebut mengulas berkenaan penyebaran satu tangkap layar yang memaparkan “Pemberitahuan Akhir Ramadan 1444H 20 April 2023”.
Imej tangkap layar tersebut dipercayai telah disiarkan menerusi sebuah paparan iklan di sebuah masjid.
Menurut kenyataan, paparan tersebut telah menimbulkan ras was was dalam kalangan warga maya berkenaan tarikh Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Jakim menegaskan cerapan Hilal Syawal bagi tahun ini berlangsung pada petang hari Khamis, 29 Ramadan 1444H bersamaan 20 April 2023.
Sumber: The National