Siakap Keli
resepi biskut cornflakes
Gambar: Rozmaliza Omar

Boleh Buat Untuk Raya, Akak Ni Kongsi Resepi Biskut “Cranberries Cornflakes Crunchy”

Boleh Buat Untuk Raya, Akak Ni Kongsi Resepi Biskut “Cranberries Cornflakes Crunchy”

Pejam celik tinggal lagi seminggu sahaja Hari Raya Aidilfitri bakal tiba, mesti ramai yang tengah sibuk nak buat persiapan hari raya kan?

Ada yang tengah beli baju raya, ada yang sedang menghias rumah dan paling penting membuat persiapan kuih raya. Mana tidaknya waktu inilah penjual biskut atau kuih raya sedang sibuk menyiapkan tempahan dari pelanggan mereka.

Memang di pasaran terdapat bermacam-macam jenis pilihan kuih raya yang boleh dibeli sesuai dengan selera kita. Tapi lagi seronok kalau kita buat sendiri di rumah. Lagi jimat dan puas.

Justeru, SK kali ini nak kongsi resepi Cranberries Cornflakes Crunchy dari Rozmaliza Omar.

Ikuti perkongsian di bawah ini.

BACA: Jimat Buat Sendiri Je, Ini Resepi Cookies Yang Sedap & Sesuai Dijadikan Kuih Raya

Menerusi perkongsian itu, dia menunjukkan cara-cara mudah untuk membuat biskut Cranberries Cornflakes Crunchy Cookies yang boleh dijadikan sebagai hidangan hari raya nanti.

Ikuti perkongsian di bawah ini. Semoga bermanfaat.

Biskut yang bau dan rasanya sedap resepi yang biasa diguna untuk biskut cornflakes cuma kali ni saya tambah cranberries sebagai penyedap CRANBERRIES CORNFLAKES CRUNCHY COOKIES. Selamat mencuba biskut sedap dan simple ni.

Bahan-bahan 

  • 1 3/4 cawan tepung gandum (1 cawan + 3/4 cawan )
  • 1/4 cawan tepung jagung 
  • 1/2 sudu teh baking powder 
  • 2 cawan cornflakes ramas kasar
  • 200 gram pure butter
  • 3/4 cawan gula kastor 
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 100 gram cranberries dipotong kasar 

Cara buat: 

Putar gula dan butter sehingga sebati. Boleh gunakan senduk atau whisk. Kemudian masukkan telur dan esen vanila. Kacau lagi hingga sebati

Kemudian masukkan campuran tepung, cornflakes, baking powder dan cranberries.

Gaul hingga rata. Sapu nipis permukaan loyang dengan butter dan sudukan adunan cornflakes yang dah siap tadi. Tekan sedikit adunan dengan garfu sebagai hiasan biskut.

Panaskan oven selama 5 minit dengan suhu 160c bakar biskut selama 15-20 minit api atas bawah.

BACA : (Video) Lembut & Menyelerakan, Akak Ni Kongsi Resepi Buat Puding Cendol Yang Menyegarkan Tekak

Sumber: Facebook Romaliza Omar

Ezzatul Syafiqah