Siakap Keli

SIME Darby Oils Anjur Buka Puasa Buat Komuniti Memerlukan, Perkukuh Komitmen “Culture Of Care”

Sumbangan berupa hadiah dan raya kepada penghuni Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari, di samping sumbangan berjumlah RM15,000 kepada rumah anak yatim tersebut

6 April 2023, Kuala Lumpur – Sime Darby Oils, anak syarikat milik penuh pengeluar minyak kelapa sawit lestari, Sime Darby Plantation menganjurkan sebuah malam Buka Puasa buat penghuni rumah anak yatim Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari hari ini sempena bulan Ramadan yang mulia.

Berteraskan semangat perpaduan, bermurah hati dan belas kasihan yang merupakan nilai nilai murni yang didukung oleh inisiatif “Culture of Care” SDO, SDO turut memberikan sumbangan istimewa berupa cek bernilai RM15,000 kepada rumah anak yatim tersebut serta duit raya berjumlah RM2,500 kepada para penghuninya semasa majlis berlangsung.

Berucap di majlis tersebut, Encik Mohd Haris Mohd Arshad, Pengarah Urusan Sime Darby Oils berkata, “Kami percaya bahawa nilai-nilai murni di bawah inisiatif “Culture of Care” merupakan aspek penting identiti kami dan adalah penting untuk nilai ini dikongsi bukan sahaja bersama warga kerja kami, tetapi juga orang awam.

Ini dapat dilihat melalui slogan kami, “Realising Possibilities Together.” Falsafah ini memastikan bahawa setiap inisiatif kami bersama pihak berkepentingan membolehkan rakyat Malaysia dari setiap lapisan masyarakat untuk menikmati kehidupan dengan lestari melalui produk kami yang berkualiti.

SDO merupakan pengeluar ALIF, produk minyak masak berasaskan kelapa sawit dan marjerin, rangkaian minyak masak SUNBEAM, kapsul Vitamin E NATRIEO dan Minyak Sawit Merah ELAIESE.

Puan Asmanira Mohd Ramly, pengasas Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari berkata, “Sebagai penjaga kanak-kanak ini, adalah menjadi kewajipan kami untuk memastikan mereka merasakan tradisi sambutan Ramadan dan Syawal, sama seperti kanak-kanak yang lebih bernasib baik daripada mereka.

“Menghadiri majlis berbuka puasa di samping sumbangan yang kami terima hari ini akan membantu kami, para penjaga dalam menyediakan sambutan yang meriah untuk mereka pada tahun ini.”

Para tetamu majlis buka puasa termasuk rakan media serta pihak berkepentingan SDO dan SDP dihidangkan dengan jamuan dan juadah tradisional Malaysia yang lazat seperti apam balik, laksa, cendol, putu bambu dan “dumplings” yang disediakan oleh lima (5) usahawan B40 tempatan. Lima usahawan B40 ini adalah Najaanotes Apam Balik, Cendol KL Catering, Putu Bambu Kak Nor, Eatsammo Dumplings dan Kak Nor Kitchen Laksa.

Para penghuni serta tetamu lain turut dihadiahkan dengan cenderahati istimewa berupa beg jinjing dan buku nota dengan ilustrasi rekaan artis tempatan berbakat, Abdul Rashid Mohd Noor sebagai sebahagian daripada sokongan organisasi ini terhadap industri seni dan komuniti.

Terdapat juga mainan lembut berbentuk haiwan comel yang dihasilkan oleh Sime Darby Oils sebagai sebahagian daripada kerjasama mereka sejak tiga tahun lalu untuk menyokong pemeliharaan haiwan bersama Zoo Negara. Inisiatif ini juga merupakan sebahagian daripada usaha berterusan yang dijalankan oleh Sime Darby Oils untuk menggalakkan impak sosial di bawah inisiatif “Culture of Care”.

Untuk terus memupuk inisiatif “Culture of Care”, SDO turut menganjurkan aktiviti bersama kanak-kanak dari Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari di mana warga kerja Sime Darby Oil meluangkan masa untuk mencipta mainan lembut istimewa berbentuk ketupat untuk dibawa pulang.

“Di Sime Darby Oils, kami percaya bahawa perniagaan kami perlu memberi manfaat bukan sahaja kepada pemegang saham kami tetapi juga warga komuniti yang merupakan antara pelanggan kami. Kami komited untuk beroperasi secara bertanggungjawab dan lestari, dan kami berharap majlis buka puasa ini akan memberikan inspirasi kepada lebih ramai lagi di luar sana untuk melakukan inisiatif yang sama.” kata Encik Mohd Haris.

Untuk maklumat lanjut tentang Sime Darby Oils dan inisiatif kelestariannya, sila layari www.simedarbyoils.com.

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.