Bengang Jalan Berlubang Takde Tindakan, Arnold Schwarzenegger Nekad Tampal Jalan Guna Kudrat Sendiri
Bintang Hollywood terkenal, Arnold Schwarzenegger yang muak dengan keadaan jalan berlubang di sebuah kawasan kejiranan di Los Angeles nekad menampal jalan tersebut menggunakan kudratnya sendiri.
Memetik New York Post, jalan itu didakwa telah berlubang sejak berminggu-minggu yang lalu.
Bekas gabenor California itu telah berkongsi perkara itu di Twitter miliknya yang menunjukkan dia bersama dua lelaki lain sedang menampal jalan tersebut.
Dapat dilihat menerusi perkongsian itu, berbungkus konkrit digunakan untuk membaiki jalan di kawasan Brentwood tersebut.
Kredit Twitter“Hari ini, selepas semua jiran kecewa dengan keadaan jalan yang berlubang besar dan merosakkan kereta dan basikal selama berminggu-minggu, saya turun padang bersama pasukan saya dan telah membaikinya.
“Saya sering berkata, jangan mengeluh, mari kita lakukan sesuatu mengenainya,” tulis ciapan tersebut.
Arnold Schwarzenegger tampal jalan
Pelakon Hollywood berusia 75 tahun itu dilihat memakai kasut kerja, jaket kulit dan cermin mata hitam.
Mereka dilihat menggunakan penyodok untuk menyodok konkrit hitam sebelum menggunakan tampalan sejuk.
Mereka kemudian menyiram sedikit kotoran ke atas permukaan untuk menutup tampalan baharu tersebut.
Kredit TwitterBACA: “Berhabis Beli Baju Sekolah, Terus ‘Standby’ Modal Raya Pula,” Ni Cara Nak Kurangkan Kos Persiapan Raya Sampai 85%
Seorang wanita yang memandu melepasi pelakon itu berterima kasih kepadanya kerana sanggup mengotorkan tangannya bagi menampal jalan tersebut.
“Sama-sama. Anda perlu melakukannya sendiri. Ini kerja gila. Selama tiga minggu saya menunggu untuk lubang ini ditutup,” kata Schwarzenegger.
Sebelum ini, penduduk Brentwood telah membuat permohonan berulang kali untuk membaiki jalan tersebut yang terjadi sewaktu ribut musim sejuk yang lalu.
Mempunyai kemahiran dalam pemasangan batu bata
Bekas gabenor itu berkata, dia menggunakan kemahiran yang diperolehnya sewaktu menjalankan perniagaan pemasangan batu bata yang dimulakannya pada 1968.
Perniagaan itu telah dijalankan bersama dengan ahli bina badan Franco Columbu.
Minggu lalu, Datuk Bandar Karen Brass mengumumkan rancangan untuk membaiki jalan rosak yang terjadi di Los Angeles disebabkan oleh hujan.
Sejak 30 Disember tahun lalu, Los Angeles telah menerima 19,692 permohonan untuk membaik pulih jalan yang rosak. Sehingga 6 April, kerja-kerja pembaikan telah dibuat sekurang-kurangnya sebanyak 17,549 lubang.
Sumber: New York Post