Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Kenderaan Barangan Dilarang Guna Jalan Raya Pada 14, 15, 21 & 22 Februari
Larangan pemanduan kenderaan barangan akan dilaksanakan pada 14 hingga 15 Februari dan 21 hingga 22 Februari 2026 bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan mengurangkan risiko kemalangan sepanjang musim perayaan.
Menerusi kenyataan Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), JPJ memperkukuh keselamatan pengguna jalan raya, khususnya kenderaan perkhidmatan awam dan motosikal sempena Operasi Khas Tahun Baharu Cina 2026.
Sehubungan itu, pengusaha dan pemandu dinasihatkan mematuhi larangan dan merancang perjalanan lebih awal.
Kempen Keselamatan Jalan Raya mengekalkan tema “Pandu Cermat, Sampai Selamat”, dengan pendekatan advokasi dan pendidikan termasuk pameran, ceramah, edaran bahan keselamatan serta kerjasama dengan agensi dan media.
MOT dan JPJ juga menasihatkan pengguna jalan raya mematuhi peraturan, memastikan kenderaan selamat dan merancang perjalanan dengan baik.
Menurut kenyataan lagi, aduan kesalahan lalu lintas boleh disalurkan melalui Aplikasi MyJPJ atau emel aduantrafik@jpj.gov.my
