Siakap Keli
Polis Ibu Mati Mengejut
Gambar: Bernama

Polis Klasifikasi Kes Kematian Ibu Dalam Pantang Sebagai Mati Mengejut

Polis Klasifikasi Kes Kematian Ibu Dalam Pantang Sebagai Mati Mengejut

KOTA BHARU, 13 April (Bernama) — Polis mengklasifikasikan kes kematian seorang ibu yang sedang berpantang di Kampung Beris Panchor, Bachok, semalam, sebagai mati mengejut.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata siasatan polis di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah yang dikesan.

“Hasil bedah siasat Jabatan Forensik di Hospital Raja Perempuan Zainab II mendapati punca kematian adalah disebabkan pendarahan yang teruk di bahagian leher,” katanya dalam kenyataan hari ini.

BACA JUGA: Wanita OKU Dilapor Maut Dalam Kebakaran Rumah

Dalam kejadian kira-kira 5 petang semalam, seorang wanita berusia 35 tahun ditemukan berlumuran darah dengan sebilah pisau masih tertusuk di lehernya.

Kejadian berkenaan disedari adik mangsa, Wan Muhamad Nasir Wan Mahadi yang kemudian menghantar mangsa ke Klinik Beris Panchor sebelum doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia.

Sumber: BERNAMA

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.