Siakap Keli
defrost daging cepat

Cara Cepat Nak ‘Defrost’ Daging Yang Beku, Guna Dua Barang Je

Cara Cepat Nak ‘Defrost’ Daging Yang Beku

Menjelang Syawal kurang daripada 10 hari lagi, pasti ramai yang sudah mula sibuk melakukan persiapan untuk menyambut lebaran pada kali ini.

Mana tidaknya, beberapa tahun kebelakangan ini kita hanya menyambut Raya dalam kadar yang sederhana ekoran daripada penyebaran wabak Covid-19.

Kaum ibu semestinya menjad individu yang paling sibuk bila hari penting seperti ini bakal tiba. Fikir untuk tema sekeluarga di pagi raya, persiapan baik ke kampung dan juadah di pagi raya.

Cakap pasal juadah di pagi Raya, bahan mentah seperti daging dan ayam pasti kena beli awal. Kalau beli lambat takut kehabisan stok pula nanti kan?

Kalau beli awal pula bahan tadi, pasti kena simpan dalam peti ais untuk bagi tahan lama dan segar. Dah masuk dalam peti pasti bahan tadi beku pula, nanti jadi lambat pula proses untuk memasak rendang kan?

Hah jangan risau TipsSK pada hari ini akan berkongsi kepada pembaca bagaimana cara mudah untuk ‘defrost’ bahan beku hanya dalam tempoh 30 minit.

Perkongsian tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna di media sosial Facebook yang menggunakan nama Sharifah Nor Hj Abdullah.

Cara Cepat Nak ‘Defrost’ Daging Yang Beku Hanya Perlu Dua Bahan Sahaja

Menurut wanita tersebut, proses untuk ‘defrost’ bahan yang beku sangat mudah. Malah ia hanya memerlukan dua bahan sahaja iaitu dulang besi dan periuk yang di isi dengan air.

Selepas keluarkan daging atau ayam yang beku tadi, anda hanya perlu meletakkan bahan mentah tadi di dalam dulang besi yang telah disediakan.

Kemudian, ambil periuk tadi lalu tindihkan ke atas bahan beku tersebut. Air yang di isikan ke dalam periuk tadi hanya menggunakan air paip biasa sahaja, tidak perlu isi dengan air panas.

Kredit Sharifah Nor Hj Abdullah

BACA: “Berhabis Beli Baju Sekolah, Terus ‘Standby’ Modal Raya Pula,” Ni Cara Nak Kurangkan Kos Persiapan Raya Sampai 85%

Yang paling penting, bungkusan plastik bahan mentah tadi jangan dibuka. Sebaliknya lakukan proses tersebut terus ke atas bahan mentah tadi.

Tambahnya, dalam tempoh 30 minit anda akan dapati bahan mentah beku tadi akan mula lembut dan sudah boleh digunakan untuk memasak juadah di pagi Raya.

Bagaimana dengan perkongsian tips hari ini? Diharap dengan perkongsian pada kali ini dapat membantu kaum ibu khususnya untuk mudahkan kerja memasak juadah pada hari Raya nanti.

 

Sumber: Sharifah Nor Hj Abdullah via Facebook

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka