Siakap Keli
zulin aziz
Gambar: Instagram Zulin Aziz

Mungkin Sampai Sini Saja Kisah Kami – Zulin Aziz

Mungkin Sampai Sini Saja Kisah Kami – Zulin Aziz

KUALA LUMPUR —  Pelakon dan pengacara terkenal, Zulin Aziz dalam satu perkongsian terbaru di Instagram miliknya hari ini mencetuskan tanda tanya orang ramai dan peminatnya.

Dalam hantaran itu, Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz, 34, memuat naik gambar perkahwinan bersama pasangan, Farhan Norzaini.

“Mungkin sampai sini saja kisah kami. Tiada persefahaman. Semoga yang baik-baik untuk masa akan datang.

“InshaAllah, masa merawat semuanya. Terima kasih untuk segalanya. Jaga diri,” tulis dalam hantaran tersebut.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zulin Aziz (@zulinaziz)

Tambahan lagi, perkara itu turut dihangatkan dengan perkongsian susulan di Instagram Story miliknya. Hantaran tersebut telah menimbulkan persoalan tentang status rumah tangga selebriti tersebut.

Gambar: Instagram Zulin Aziz

“Permulaan yang sangat indah. Saya berharap ia berakhir dengan baik. InshaAllah, amin ya rab.

“Minta doakan yang baik-baik. Mungkin ini ujian kami. Semoga Allah permudahkan segala urusan.

“Saya mohon maaf jika saya tak dapat beri apa-apa penjelasan. Cukup itu saja. Biarlah hanya kami tahu. Dan biar sampai bila-bila hanya kami yang tahu,” tulinya di platform media sosial berkenaan.

BACA JUGA: Kena Panggil Balik Rumah, Gelagat Oyen Berenang Redah Banjir Buat Ramai Terhibur

Jelasnya lagi, beliau berharap orang ramai dapat menghormati permintaannya itu dan mendoakan kehidupan yang lebih baik.

Gambar: Instagram Zulin Aziz

“Harap dapat menghormati permintaan saya. Hanya mohon doa kalian dan semoga kami dapat jalani kehidupan yang lebih baik di masa depan dengan haluan masing-masing.

“Tidak ada apa yang mahu dikongsi. Semoga Allah jaga rapat aib kami,” katanya lagi.

Maklum Zulin, beliau kini bersama keluarganya dan memohon ruang dan waktu untuk mengubati dirinya.

“Saya akan kembali lebih kuat. Terima kasih banyak-banyak,” jelasnya.

Susulan itu, rata-rata netizen terkejut dengan perkongsian yang dilakukan oleh selebriti itu di platform media sosial.

Memetik Astro Awani, Farhan, 36, dan Zulin, 34, selamat melangsungkan pernikahan pada 20 Februari 2022 di Masjid Negara.

Pasangan tersebut mengadakan majlis perkahwinan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur (JAWI).

Sumber: Instagram ZulinAziz

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?