Tak Perlu Tekan “Enter” Banyak Kali, Ini Cara Nak Guna “Page Break” Dengan Betul
Sejak dari bangku sekolah sehinggalah meniti alam pekerjaan, kita sering didedahkan dengan penggunaan aplikasi Microsoft Words.
Umumnya, penggunaan aplikasi ini melibatkan tugasan dan kajian dalam sesuatu perkara. Bahkan kemahiran mengggunakan aplikasi ini sangat dinilai oleh syarikat-syarikat sewaktu pengambilan pekerja.
Aplikasi ini turut menyediakan pelbagai alatan (tool) yang bermanfaat sepanjang melakukan tugasan di Words.
Bagaimanapun, sesetengah orang tidak mengetahui cara untuk menggunakan peralatan yang disediakan dalam aplikasi ini bahkan ada yang telah memasuki alam pekerjaan.
Bercakap mengenai Words, kebanyakan pengguna selalunya menekan tombol “Enter” untuk ke halaman lain setelah selesai sesuatu bahagian.
Tahukah, sebenarnya terdapat tool yang disediakan untuk memudahkan kerja anda?
Menerusi satu kiriman video oleh lelaki yang dikenali sebagai Fakrul di platform TikTok @fakhrulsamerin menjelaskan pengunaan Page Break.
Fungsi Page Break

Page break sebenarnya bertujuan untuk memisahkan keratan halaman dalam aplikasi ini. Ia bagi setiap bahagian kekal tersusun dan rapi.
Jelas Fakrul, kebiasaannya pengguna khususnya pelajar gemar menekan papan kekunci “Enter” berkali-kali untuk mencipta bahagian baharu.
BACA JUGA: Guna Tiga Bahan Je, Akak Ni Kongsi Resepi Mudah Buat Popia Oreo
Bagaimanapun, ia bakal menimbulkan isu sekiranya pengguna mahu membuat suntingan pada bahagian atas atau sebelumnya.
“Apa yang berlaku adalah content dekat page sebelah tu akan bergerak, sedikit demi sedikit.
“Itu orang kata, content dia lari-lari sebab isunya dia tekan Enter banyak kali,” jelasnya.
Cara Nak Atasi Content “Lari”

Bagi mengatasi kandungan atau bahan yang dihasilkan bergerak, anda perlulah menggunakan page break.
Tambah pemilik video berkenaan, ia dapat memudahkan kerja yang dihasilkan sekiranya berlaku penyuntingan semula. Page break ini juga tidak akan menganggu kandungan yang terdapat pada muka surat sebelah.
“Ha ni lah cara dia untuk buat page baru menggunakan page break. Dia berhenti dekat sini tanpa beri kesan kepada muka surat seterusnya.
@fakhrulsamerin Page Break #msword #tutorial #tiktokguru #learnontiktok #microsoftword #thesisformatting
Cara Nak Guna Page Break
Terdapat tiga cara untuk anda menggunakan page break seperti berikut;
Yang pertama pergi pada bahagian “Insert” dan pergi ke “Page Break” kemudian tekan.

Langkah yang kedua, pergi ke “Layout,” kemudian “Break” dan cari “Page“.

Yang terakhir, cara ini menggunakan langkah yang lebih mudah (shortcut). Apa yang perlu anda lakukan hanyalah menekan tombol “Control (Ctrl)” + “Enter“.

Semoga bermanfaat!
Sumber: TikTok @fakrulsamerin