Siakap Keli
gadis menangis terlepas flight
Gambar: TikTok @Abbywhoo

Transit Ke KL “Delay”, Gadis Menangis Terlepas “Flight” Balik Sabah

Transit Ke KL “Delay”, Gadis Menangis Terlepas “Flight” Balik Sabah

Bahang sambutan Hari Raya Aidilfitri semakin dirasai oleh semua orang khususnya mereka yang berada di perantauan. Hal ini dapat dilihat dengan kebanyakan media melaporkan tiket pengangkutan awam licin terjual.

Walaupun setiap kali musim perayaan ini kita telah membuat pelbagai perancangan, namun kadangkala ia tidak seperti apa yang kita harapkan dan di luar jangkaan. Sebagai contoh, penjadualan cuti, perancangan kesesakan lalu lintas dan sebagainya.

Dalam satu rakaman tular di media sosial baru-baru mendedahkan nasib malang yang menimpa seorang gadis yang ingin pulang ke kampung halamannya di Sabah.

Menerusi klip berdurasi satu minit 53 saat oleh @abbywhooo di TikTok, gadis yang sepatutnya pulang ke negeri di bawah bayu itu meluahkan kekesalan apabila pesawatnya telah pun berlepas.

Transit Alami Kelewatan

Pada awalnya, gadis tersebut memaklumkan bahawa dia perlu menaiki penerbangan dari Pulau Pinang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum perlu menaiki pesawat lain.

Difahamkan, transit dari Pulau Pinang menuju ke KLIA mengalami sedikit kelewatan.

Menurutnya lagi, kebiasaannya dia akan menaiki pesawat tersebut dari Pulau Pinang terus menghala ke Kota Kinabalu. Bagaimanapun, disebabkan musim perayaan, dia terpaksa membuat pertukaran pesawat di KLIA.

Terlepas Penerbangan Pulang Sabah

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, pesawat yang sepatutnya membawanya pulang ke Sabah telah pun berlepas pada waktu yang dijadualkan.

BACA JUGA: Pelik, Ini Tiga Jenis Ikan Yang Tak Kena Pada Rupa & Nama

Lebih menyedihkan, pesawat yang membawanya dari Pulau Pinang mendarat di KLIA 1. Sementara gadis itu perlu menaiki pesawat ke Sabah di KLIA2.

“Kamu tahukah? Saya sepanjang masa di dalam flight menangis. Sebab saya tengok saja jam. Lepas saya sampai di KL, saya perlu transit, KLIA 1 ke KLIA 2. Saya tahu sudah saya memang tidak sempat.

“Masa touchdown KL pun saya tengok masa sudah lebih saya punya flight,”  katanya.

Gadis Menangis Terlepas Flight

@abbywhooo

Penat sdh begini…….

♬ original sound – Good girl – 🦊ΛBBY

Sejurus kejadian itu, gadis itu turut bertanyakan salah sebuah pesawat yang dinaiki oleh kakaknya jika masih terdapat kekosongan namun tiada.

Dia turut menjelaskan bahawa telah membuat semakan di laman web pembelian tiket penerbangan dan mendapati hanya terdapat tiket dengan nilai yang “keras”.

Jelasnya lagi, tiket penerbangan pergi ke Sabah (one way) berharga RM600 ke atas. Ia berbeza dengan tiket pergi dan balik yang telah dibelinya sebelum ini dengan nilai lebih RM800.

Namun, gadis itu telah mendapat saranan daripada ibunya untuk membeli tiket pulang semula selepas memaklumkan perkara itu.

“Tiada masalah, teruskan sahaja. Jangan stress-stress. Duit bila-bila boleh cari, yang penting kamu selamat sampai,”  tulis pesanan ibunya melalui aplikasi Whatsapp.

Dia juga kelihatan sebak dan hampir menitiskan air mata mengingati kejadian yang menimpa dirinya.

Reaksi Netizen Sebak Kejadian Yang Berlaku

Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa simpati dan memahami dengan nasib yang menimpa gadis tersebut.

 

Sumber: TikTok @Abbywhoo

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.