Siakap Keli
Kredit: @coolhauz/TikTok, Art Clean

“Kedua-duanya Mempunyai Compressor, Tapi…” Ini Perbezaan Aircond Inverter & Non Converter

“Kedua-duanya Mempunyai Compressor, Tapi…” Ini Perbezaan Aircond Inverter & Non Converter

Sekiranya mahu membuat pembelian pendingin hawa, penjual secara tidak langsung akan mengajukan soalan kepada pembeli mengenai model dan spesifikasi yang ingin dibeli.

Tidak dinafikan pemasangan pendingin hawa di rumah menggunakan banyak elektrik, oleh itu pengguna digalakkan untuk memasang aircond yang menjimatkan penggunaan kuasa.

Kredit: BERNAMA

Terdapat dua pilihan iaitu pendingin hawa yang mempunyai inverter dan bukan inverter, yang masing-masing memiliki fungsinya yang tersendiri.

Untuk pengetahuan, kedua-dua jenis aircond itu mempunyai perbezaan dan peranan yang tersendiri berdasarkan kemahuan pengguna.

Pengguna TikTok @coolhauz, membuat perkongsian video berhubung perkara sedemikian agar ia dapat membantu orang ramai membuat keputusan.

Pada permulaan, lelaki tersebut menjelaskan bahawa aircond inverter dan bukan inverter ini mempunyai motor pemampat (compressor) di mana ia mengawal kelajuan suhu.

Aircond inverter dan bukan inverter ini dua-dua mempunyai compressor tetapi kedua-dua compressor ini tidak sama,” katanya dalam video tersebut.

BACA: 5 Tips Buat Rumah Anda Sejuk Walaupun Tanpa Pendingin Hawa

Compressor bukan inverter

Kredit: Art Clean

Difahamkan, compressor bukan inverter ini berfungsi secara maksimum sebelum mati apabila mencapai suhu yang dikehendaki.

Proses itu akan berulang sehinggalah aircond itu dimatikan dengan sendiri oleh pengguna.

Seperti yang dikatakan dalam klip itu, motor pemampat itu akan terus berpusing sehingga ia mencapai suhu bilik yang ditetapkan.

Compressor bukan inverter ada satu kelajuan je sebagai contoh suhu dalam bilik ini 26 darjah celsius, saya nak 22 jadi saya set pada remote aircond 22 darjah celsius.

“Bukan inverter akan berpusing sampailah suhu dalam bilik ini kita dapat sekitar 22 darjah celsius.

“Kemudian compressor ini akan off, jadi bila compressor dah off suhu dalam bilik akan meningkat sedikit demi sedikit.

“Bila dah sampai 22 darjah celsius compressor aircond akan off balik. Kitaran on and off aircond ini akan berulang sampailah kita yang matikan aircond itu sendiri,” jelasnya.

Compressor inverter

Ramai yang tahu bahawa penyaman udara inverter ini adalah lebih mahal berbanding bukan inverter namun dengan kelebihan yang disediakan ia memadai dengan harga yang ditawarkan.

Untuk compressor inverter pula, ia memberi penjimatan dan keselesaan kepada pengguna, sebagai contoh, ia mengekalkan kecekapan suhu yang dikehendaki.

“Berbeza dengan compressor inverter, dia ada pelbagai kelajuan, contoh yang sama suhu bilik ini 26, kita nak 22 jadi compressor inverter akan berpusing dengan laju sehinggalah kita capai suhu 22 darjah celsius.

“Bila sampai 22 darjah celsius, compressor inverter takkan off tapi dia akan terus berpusing dengan perlahan untuk mengekalkan suhu pada sekitar 22 darjah celsius,” jelasnya.

@coolhauz

Soalan paling lazim : apa beza antara aircond inverter dan non-inverter? Kami terangkan bagaimana kedua-dua aircond ini berfungsi. #servisaircond #aircond #hvac #servisaircondjb #fyp

♬ original sound – CoolHauz – CoolHauz

Sumber: @coolhauz/TikTok, Mabetatech

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana