Siakap Keli
bau hapak aircond kereta
Gambar: Tangkap layar video

Abang Ini Ajar Cara Untuk Hilangkan Bau Hapak Aircond Kereta

Abang Ini Ajar Cara Untuk Hilangkan Bau Hapak Aircond Kereta

Dalam dunia ini, perkara yang paling disukai adalah dengan mendapat benda baharu, seperti rumah baharu, kereta, baju dan sebagainya. Perasaan tersebut tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, hanya reaksi muka yang dapat ditonjolkan.

Seperti biasa, barangan baharu tidak akan selalu kekal menjadi baru, lama-kelamaan warnanya pasti akan bertukar susulan dengan penggunaan yang kerap.

Seperti kereta, pada awalnya memang terlihat seperti baharu dan berkilat, pendingin hawa juga mengeluarkan bau yang harum walaupun tidak meletakkan sebarang wangian.

Selepas bertahun-tahun, bau kereta yang tadinya wangi pasti akan bertukar kepada bau lain seperti bau hapak dan memerlukan wangian untuk membuang bau busuk tersebut.

Oleh itu, bagi menghilangkan bau tersebut mari ketahui penyebab perkara itu terjadi dan cara-cara untuk menghilangkan bersama seorang indvidu @aj_aircond yang mahir berkenaan dengan pendingin hawa kereta.

Penyebab bau hapak aircond kereta

Kebiasaannya setiap pendingin hawa kereta mempunyai komponen penyejat atau cooling coil yang membolehkan haba yang dikeluarkan menjadi lebih sejuk daripada angin.

Haba tersebut bertukar menjadi sedemikian kerana proses evaporate yang membantu menghasilkan kesejukan.

Antara penyebab berlakunya bau yang tidak menyenangkan dalam kereta adalah cooling coil, yang mengumpul banyak kuman di komponen tersebut.

Ini kerana apabila pendingin hawa kereta dihidupkan blower (penghembus) akan dihembuskan melepasi cooling coil yang membuatkan tempat tersebut mengumpul banyak bakteria.

Sekiranya bakteria banyak terkumpul, kemungkinan akan menghasilkan bau hapak selepas beberapa saat pendingin hawa dibuka.

Bau tersebut hanya kekal dalam tujuh ke sepuluh saat sebelum ia hilang dibawa angin.

Tetapi, jangan salah sangka cooling coil ini memang perlu dipakai kerana ia adalah komponen yang penting dalam sistem pendingin hawa kereta.

Cara-cara hilangkan bau hapak

Dalam perkongsian video tersebut, pemilik itu menerangkan cara pertama yang perlu dibuat adalah dengan menghidupkan enjin kereta.

Kredit: Minit-Tune & Brake Auto Centres

Kemudian, @aj_aircond berkata pemilik mesti membuka pendingin hawa dengan kadar maksimum iaitu pada tahap empat.

Dengan meletakkan pendingin hawa pada tahap maksimum ia membantu mengeluarkan haba dengan kadar yang banyak dan memudahkan proses.

Usai melakukan perkara tersebut, individu mestilah menurunkan ke semua tingkap dan membiarkannya selama 20 minit.

Ujarnya, pemilik juga boleh memandu kereta itu selama 20 minit sekiranya tidak mahu membiarkan kereta itu tidak bergerak.

“Kalau korang nak (bawa kereta) jalan-jalan pun boleh juga.

“Bawa kereta ini jalan selama 20 hingga 30 minit untuk kita refresh balik supaya bau itu tidak ada lagi apabila kita buka pendingin hawa (nanti),” katanya menjelaskan perkara itu.

Selepas melakukan perkara itu, pemilik akan mendapati bau hapak tersebut akan hilang pada keesokan harinya.

Kepada orang ramai, selamat mencuba!

Untuk perkongsian penuh, sila ikuti video di bawah ini.

@aj_aircond

Siapa Ada Masalah Bau Boleh Try Cara Ni Nanti moga Bermanfaat #Ajaircond #fypシ #aircondkeretataksejuk

♬ bunyi asal – AJ Aircond – AJ Aircond

Sumber: aj_aircond via Tiktok

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana