Siakap Keli
lokasi atm tukar duit raya
Kredit BERNAMA

Lupa Tukar Duit Raya? Ini Senarai Lokasi Mesin ATM Yang Tawar Perkhidmatan Tukar Duit Raya

Lupa Tukar Duit Raya? Ini Senarai Lokasi Mesin ATM Yang Tawar Perkhidmatan Tukar Duit Raya

Kurang daripada seminggu untuk semua umat Islam menyambut satu Syawal. Pelbagai persiapan pasti kebanyakannya sudah hampir sempurna.

Dari persiapan baju Raya sehinggalah juadah menu Raya di pagi satu Syawal nanti.

Selain orang dewasa, kanak-kanak juga pasti sudah tidak sabar untuk menunggu menyambut lebaran pada kali ini. Mana tidaknya, mereka semua pasti teruja untuk mengutip duit Raya daripada kaum keluarga yang sudah bekerja.

Bercakap pasal duit Raya, anda sudah tukar duit Raya ke untuk diberi kepada sanak saudara?

Kalau belum, mari ikuti perkongsian pada hari berkenaan bank yang menawarkan perkhidmatan menukar duit Raya hanya di mesin ATM.

Terdapat sebanyak empat jenis bank yang menawarkan perkhidmatan ini, namun tidak semua lokasi cawangan bank yang sediakan perkhidmatan tersebut.

AmBank

Bank yang pertama menawarkan perkhidmatan tersebut adalah AmBank. Anda boleh melakukan penukaran wang tersebut di ATM yang disediakan oleh pihak bank.

Namun nilai tukaran yang dibenarkan hanyalah bernilai RM10 sahaja.

Antara lokasi cawangan AmBank yang menyediakan perkhidmatan ini adalah seperti berikut:

Maybank

Bank yang kedua menawarkan perkhidmatan tersebut adalah Maybank. Sama seperti bank lain, Maybank juga hanya menyediakan perkhidmatan ini di beberapa lokasi tumpuan utama sahaja.

Untuk Maybank pula, terdapat dua pilihan nilai yang ditawarkan kepada pelanggan iaitu RM10 dan RM50.

Antara lokasi cawangan Maybank yang menyediakan perkhidmatan ini adalah seperti berikut:

Affin Bank

Bank yang menawarkan perkhidmatan penukaran duit Raya seterusya adalah Affin Bank.

Affin Bank juga menyediakan nilai tukaran sebanyak RM10 dan RM50 di setiap ATM terpilih bagi cawangan bank tersebut.

Antara lokasi cawangan Affin Bank yang menyediakan perkhidmatan ini adalah seperti berikut:

CIMB Bank

Bank yang terakhir menawarkan penukaran duit Raya di mesin ATM adalah CIMB Bank.

Sama seperti AmBank, CIMB Bank juga hanya menawarkan tukaran wang bernilai RM10 sahaja. Operasi perkhidmatan tersebut telah bermula pada 10 April lalu dan akan berakhir pada 23 April ini.

Antara lokasi cawangan CIMB Bank yang menyediakan perkhidmatan ini adalah seperti berikut:

Pun begitu perlu diingat bahawa tak semua cawangan bank yang disenaraikan ini mempunyai pilihan nilai wang yang diinginkan bergantung kepada pihak bank serta stok.

Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu pembaca untuk membuat penukaran wang bagi memberi duit Raya kepada orang yang tersayang.

Sumber: CIMB Bank, AmBank, Affin Bank, Maybank

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka