Siakap Keli
pm berita gembira
Gambar: Astro Awani

Nantikan, PM Dijangka Umum Berita Gembira 2 Petang Ini

Nantikan, PM Dijangka Umum Berita Gembira 2 Petang Ini

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan mengumumkan beberapa berita gembira buat rakyat Malaysia sempena Aidilfitri, jam 2 petang ini.

Menurut Sinar Harian, pengumuman itu boleh diikuti orang ramai menerusi media sosial termasuk di laman facebook Pejabat Perdana Menteri.

Terdahulu pada Jumaat, beliau dalam program Amanat Perdana Menteri Kepada Penjawat Awam Persekutuan dan Negeri Pulau Pinang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh memaklumkan akan membuat beberapa pengumuman baik untuk semua rakyat, hari ini.

Malah, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming turut memaklumkan perkara yang sama menerusi ciapan di akaun rasmi Twitternya.

Menerusi ciapan tersebut, warga maya rata-rata berpendapat pengumuman berkenaan mungkin ada kena mengena dengan pengumuman berkaitan tol percuma di seluruh negara.

Dalam pada itu, ada juga yang menaruh harapan besar dan berharap pengumuman tersebut adalah berita baik pemberian duit raya daripada kerajaan.

BACA: Tak Jadi Bercerai, Syamsul Tak Lafazkan Cerai Ke Atas Puteri Sarah

Ezzatul Syafiqah