Siakap Keli
Sarah Tak Sabar move on
Gambar: Bernama

Tak Sabar Nak “Move On”, Mulakan Hidup Baru – Puteri Sarah

Tak Sabar Nak “Move On”, Mulakan Hidup Baru – Puteri Sarah

KUALA LUMPUR  — Pelakon, Puteri Sarah, 38, memaklumkan bahawa dia sudah tidak sabar untuk memulakan hidup baharu dengan lebih tenang (move on) selepas dilepaskan dari perkahwinan oleh suaminya, Syamsul Yusof, lapor Sinar Harian.

Pelakon itu berkata demikian sewaktu sewaktu menghadiri Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di sini pada jam 9.20 pagi.

Jelas Sarah, dia mahu mulakan kehidupan yang baharu yang tenang. Wanita berusia 38 tahun itu tampil dengan pakaian serba putih yang menggambarkan imej permulaan hidup baharunya.

Susulan itu, dia memohon semua pihak untuk mendoakan proses penceraian berjalan dengan lancar.

“Diharap Syamsul melafazkan cerai dan jika gagal, saya akan beritahu sebabnya kemudian,” ujarnya.

Sebelum ini, prosiding lafaz cerai telah ditetapkan oleh Mahkamah di hadapan dan Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas pada jam 11 pagi hari ini.

BACA JUGA: Tenang Dan Bersemangat, Puteri Sarah Tiba Di Mahkamah Fail Penceraian

Prosiding penceraian itu memerlukan pasangan tersebut hadir dua jam lebih awal bagi sesi sulh pada jam 9 pagi. Walau bagaimanapun, kehadiran suaminya Mohd Shamsul Md Yusof, 39 masih ditunggu-tunggu oleh pihak media di lobi mahkamah.

Pasangan itu sewaktu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 10 April lalu juga telah bersetuju untuk memutuskan pertalian antara mereka secara baik.

Namun, isu seperti hadanah, nusyuz, mutaah, nafkah, idah dan harta sepencarian akan ditentukan kemudian.

Puteri Sarah diwakili Datuk Akberdin Abdul Kader manakala Syamsul bersama peguam syarie, Azmi Mohd Rais.

Permohonan Cerai

Difahamkan, keretakan rumah tangga pasangan itu sudah berlarutan sejak empat tahun lalu. Namun, perkara itu tidak diketahui umum kerana Syamsul yang mengunci mulut.

Konflik itu semakin tegang apabila pengarah filem Mat Kilau itu mengakui sudah berkahwin dengan isteri kedua, Ira Kazar di Thailand pada 6 Januari lalu.

Susulan itu, Puteri Sarah dilaporkan telah menfailkan permohonan cerai pada 16 Januari lalu.

Dalam pada itu, Syamsul enggan mengulas berhubung kes berkenaan. Dia yang tiba di mahkamah pada jam 9.50 pagi mengenakan jaket kelabu.

“Saya datang hanya mahu baca ikrar, kita tunggulah macam mana, selebihnya tiada komen.” jelasnya.

Untuk makluman, pada 8 Mac 2014, kedua pelakon itu melangsungkan perkahwinan dan menimang sepasang cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Sumber: Sinar Harian

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?