Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Minneapolis Bandar AS Pertama Benarkan Laung Azan 5 Waktu Sehari Guna “Speaker”

Syed Faisal Sayed Muhammad
Azan 5 waktu sehari
Kredit Sahan Journal

Minneapolis Bandar AS Pertama Benarkan Laung Azan 5 Waktu Sehari Guna “Speaker”

Majlis Bandaraya Minneapolis dilaporkan meluluskan penggunaan pembesar suara untuk laungan azan pada setiap kali masuk waktu solat.

Memetik New York Post, pengumuman terbaru itu menjadikan bandar Minneapolis sebagai bandar di Amerika yang pertama membenarkan perkara tersebut.

Majlis Bandaraya Minneapolis pada Khamis lalu sebulat suara telah bersetuju untuk meminda ordinan bunyi bagi bandar itu, di mana ia telah membenarkan laungan azan yang menandakan masuk waktu solat sebanyak lima kali sehari, sepanjang tahun.

Laungan azan pada sebelum ini telah dilaungkan sebanyak tiga kali sehari dan peraturan itu menghalang azan subuh dan petang pada waktu tertentu dalam setahun kerana sekatan bunyi.

Undian yang dibuat dalam bulan suci Ramadan itu dilaporkan tidak mendapat tentangan masyarakat di sekitar bandar tersebut.

Datuk Bandar, Jacob Frey dijangka menandatangani peraturan terbaru itu pada minggu depan.

“Perlembagaan tidak tidur pada waktu malam,” kata Jaylani Hussein, pengarah eksekutif Majlis Perhubungan Amerika-Islam bahagian Minnesota.

Beliau berkata keputusan itu menunjukkan kepada dunia bahawa “negara yang diasaskan atas kebebasan beragama menepati janjinya”.

Minneapolis mempunyai populasi pendatang Afrika Timur yang berkembang pesat sejak 1990-an lagi, dan masjid juga mudah dijumpai di sana.

BACA: “Berhabis Beli Baju Sekolah, Terus ‘Standby’ Modal Raya Pula,” Ni Cara Nak Kurangkan Kos Persiapan Raya Sampai 85%

Tiga daripada 13 ahli majlis itu juga mengaku bahawa mereka sebenarnya beragama Islam.

Terdahulu, Siakap Keli pernah melaporkan berkenaan sebuah keunikan laungan azan cara orang Hawaii.

Setiap negara atau budaya pastinya mempunyai alunan yang tersendiri dalam melaungkan azan untuk mengajak umat Islam mendirikan solat fardu.

Keunikan ini mungkin disebabkan kepelbagaian faktor seperti budaya, bahasa ibunda dan macam-macam lagi yang telah diserap dalam masyarakat Islam di seluruh dunia.

Seperti video yang tular di media sosial ini, berkenaan keunikan azan yang didakwa dipengaruhi oleh budaya masyarakat Hawaii.

Berdasarkan video perkongsian yang dibuat oleh @wehhAR di Twitter miliknya, seorang lelaki dilihat berdiri berseorangan di atas sejadah untuk melaungkan azan dengan caranya yang tersendiri.

Dapat dilihat menerusi perkongsian video itu, penampilan lelaki itu juga dilihat memiliki rambut panjang yang di ikat kemas.

Jika diperhatikan, suasana di sekitarnya seakan-akan kelihatan seperti surau. Dengan para jemaah yang sedang bersiap sedia untuk menunaikan solat serta sejadah pada setiap saf, mungkin ianya memang betul dirakam di sebuah surau di Hawaii.

Laungan unik azan lelaki itu apabila didengari dan diamati, ia jelas kedengaran nada seperti sebuah laungan tradisional unik dari budaya sesebuah masyarakat di Hawaii seperti yang didakwa.

Sumber: New York Post