Siakap Keli
gengster peluk islam
Gambar: TikTok

‘Gengster’ Disapa Hidayah Allah, Kongsi Kisah Peluk Islam – “Mak Nampak Saya Makin Tenang…”

Gengster Disapa Hidayah Allah, Kongsi Kisah Peluk Islam – “Mak Nampak Saya Makin Tenang…”

Dalam hidup ini, ramai yang berebut-rebut berbuat kebaikan sama ada sesama manusia mahupun dengan makhluk lain untuk mencari keredaan yang Maha Kuasa. 

Mencari keredhaan bukan perkara yang mudah, ada masa perlu mempertaruhkan segalanya, sehingga menjadi lelah.

Namun percayalah, ia akan menjadi berbaloi kerana kehidupan ini bersifat sementara dan yang kekal hanyalah akhirat.

Hari ini, tular satu video seorang lelaki yang menceritakan bagaimana dia disapa hidayah Allah selepas bertahun-tahun hidup mencari ketenangan jiwa.

Muka bak gangster, sentiasa memakai pakaian singlet dan berjambang, Muhammad Mikhael Sathayah berkongsi kisah hijrahnya memeluk agama Islam dengan sokongan ibu tercinta.

Lelaki berbangsa India itu menceritakan momen tersebut dengan menggunakan bait-bait bahasa Melayu hingga menyentuh perasaan orang ramai.

“Sepanjang hidup sejak kecil, kekosongan di hati, jiwa ini mencari apakah erti kehidupan, ‘kenapa saya bukan macam orang lain’,

“Saya cuba mengisi kekosongan tetapi kesakitannya makin hari, makin menjadi-jadi. Di luar nampak berjaya, bekerjaya, tapi hati saya dalam kesakitan.

“ Apa yang kurang? Saya sayang mak saya. Mak saya segala-galanya bagi saya.

“Mencari Nur (cahaya), yang tidak kesampaian, di jiwa ini meronta,” katanya.

Terdengar suara bisikan…

Namun pada suatu hari, dia didatangi dengan satu suara yang dikatakan menjadi titik permulaan untuk mencari agama yang benar.

Akan tetapi, Muhammad Mikhael masih tidak mahu menerima sehingga satu tahap dia berasa yakin dan membuat keputusan untuk memeluk Islam.

“Suatu pagi, terdengar suara yang indah, ‘Aku yang cipta kamu, tapi ini Aku berikan kepada kamu. Terima sahajalah.

“Apakah maksud soalan itu? Saya tertanya-tanya, apakah jawapan untuk soalan itu, saya rasa saya tahu. Tapi saya masih tidak mahu menerima.

“Saya mencari dunia, mengejar dunia. Makin hari makin kosong hati saya, makin gelap jiwa saya. Mencari jiwa yang hilang, kenapa aku ke sini.

“Sampai dah dapat jawapan, saya beritahu mak. Mak, saya nak masuk Islam. Mak terdiam, terkejut selepas itu mak senyum dan bagi kebenaran. Terima kasih mak, terima kasih kerana menerima saya mak,” jelasnya.

BACA: Model Terkenal Perancis, Marine El Himer Peluk Islam

Terima kecaman atas keputusan yang dibuat

Gambar: TikTok

Lelaki itu turut menceritakan bahawa ibunya menerima kecaman selepas dia memeluk agama Islam.

“Pelbagai kecaman yang diterima oleh mak, sampai ada (orang) yang kata mak sudah tiada anak, anak mak dah mati.

“Ada juga yang kata hidup saya jadi macam ini disebabkan mak terlalu manjakan saya…bukan mak, mak seorang yang baik.

“Terima kasih mak, makin hari mak nampak saya makin tenang. Mak sentiasa bersama saya. Mak hadiahkan saya sejadah dan mak juga teman saya ke masjid.

“Terima kasih mak, walaupun kita berlainan agama, mak tunggu di luar masjid.

“Mak tidak hiraukan percakapan saudara-mara dan sesiapa, mak terima saya,” jelasnya kesedihan.

Kasih sayang yang kuat terhadap ibunya membuatkan dia membeli rumah bersebelahan dengan emaknya. Walaupun berlainan agama, namun perasaan tidak pernah kurang dan berbeza.

Beli rumah bersebelahan dengan mak

Gambar: TikTok

“Saya dapat beli rumah bersebelahan dengan rumah mak, sebab saya tidak mahu tinggalkan mak. Rezeki kerana dapat berjiran dengan mak, rezeki Allah,” katanya.

Dia kemudiannya berselawat ke atas nabi dan mengatakan dirinya berada dalam keadaan yang sangat tenang dan jiwanya juga tidak kosong seperti dulu.

Muhammad Mikhael merasakan dirinya mempunyai dosa yang banyak sehingga dia berpuasa sepanjang tahun walaupun Islam melarang perkara sedemikian, berpuasa setiap hari.

Ujarnya, dia melakukan perkara itu kerana dia mahu menghilangkan dosanya kepada Maha Pencipta.

“Hidayah milik Allah,” katanya sebelum mengakhiri video tersebut.

Muhammad Mikhael turut menambah bahawa maknya berasa sedih kerana sehigga kini dia masih belum ditemukan jodoh.

Dia turut meminta orang ramai untuk menitipkan doa buatnya supaya keluarga bakal isterinya dapat menerima dirinya yang khilaf itu.

Kepada Muhammad Mikhael, semoga segala urusan dimudahkan dan dikurniakan bakal keluarga mertua yang baik-baik.

@mukagangster

Replying to @MUHAMMAD AMIRUL HUSNI ini kisah saya. @SaudagarMerah thank u abgku.#mukagangster #anakmak #titew #botak #rxybca #longbeard #trendingnewsmalaysia #amma #islam

♬ Allah Allah Aghistna Ya Rasulullah – Puja Syarma Official

Sumber: @mukagangster/Tiktok

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana