Siakap Keli
jurulatih kelantan peluk islam
Kredit: FB TRW Kelantan FC

Guna Nama Baharu ‘Abu Bakar’, Penolong Jurulatih Kelantan FC Peluk Islam

Penolong Jurulatih Kelantan FC Peluk Islam

Penolong Jurulatih dan Penganalisis Video Kelantan FC, Pol Corpas Cuatrecasas dilaporkan telah memeluk Islam pada hari ini.

Pol Corpas yang berasal dari Sepanyol itu dikhabarkan akan menggunakan nama baharu Islamnya iaitu Abu Bakar.

Perkara itu disahkan oleh TRW Kelantan FC di laman Facebook dalam satu hantaran pada Rabu.

Kredit: FB TRW Kelantan FC

“Dia disyahadahkan oleh pemilik kelab TRW Kelantan FC, Norizam Tukiman di Hotel Zamburger Kota Warisan dan turut disaksikan oleh Coach Rezal (Rezal Zambery Yahya), Coach Azli (Azli Mahmood) dan Encik Qusmaini (Qusmaini Noor Rusli).

“Dia juga akan akan menggunakan nama baharu islam iaitu Abu Bakar,” memetik hantaran itu.

Difahamkan, Abu Bakar telah bersama skuad The Red Warriors sejak dari musim 2021.

Sehingga kini dia masih setia berkhidmat dalam barisan kejurulatihan TRW Kelantan FC bagi saingan Liga Super 2023.

BACA: Sering Hantar Kawan Ke Masjid, Tersentuh Semangat Ukhuwah Jentik Hati Untuk Peluk Islam

Maksud nama Abu Bakar

Dalam Islam, maksud Bakar ialah unta jantan yang muda, di mana ia sering digunakan kepada haiwan dengan tujuan mengambil ciri-ciri baik yang ada pada haiwan terbabit.

Menerusi Facebook Soal Jawab, secara lazimnya nama Bakar ini membawa maksud keperkasaan dan keteguhan seperti anak unta jantan.

Manakala, Abu pula merupakan simbol pemimpin yang sering disebut oleh yang orang ramai seperti bapa kemerdekaan, bapa pembangunan, bapa pendidikan dan sebagainya.

Nama Abu Bakar merupakan satu nama yang sangat indah kerana ia bermaksud anak unta jantan yang mempunyai keberanian dan kegagahan.

Lelaki peluk Islam, tersentuh budi baik rakan Muslim.

Sebelum ini, Siakap Keli melaporkan seorang lelaki berusia 21 tahun memilih untuk memeluk Islam selepas tersentuh dengan budi baik yang ditunjukkan oleh rakan-rakan Muslimnya.

Muhammad Farhan Yoong sering menumpangkan rakan-rakan Perkhidmatan Negara (NS) daripada anggota polis Singapura ke masjid untuk menunaikan solat.

Dia juga mula mengenali keindahan Islam selepas penyelianya Fadzil Abdul Rahman menperkenalkannya kepada jemaah masjid hingga dia menurut serta menjadi sukarelawan masjid berkenaan.

Sumber: The Red Warriors via Facebook

BACA: Lelaki Ramal Gempa Bumi Kuat Bakal Landa Turkiye 3 Hari Sebelum Tragedi Benar-benar Berlaku

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana