Siakap Keli
cuaca panas aktiviti luar
Kredit: Bernama

Cuaca Panas, Orang Ramai Dinasihat Hadkan Aktiviti Luar

Cuaca Panas, Orang Ramai Dinasihat Hadkan Aktiviti Luar

Bagi rakyat Malaysia yang menetap di kawasan yang mencatatkan bacaan kualiti udara yang tidak sihat, anda dinasihatkan untuk mengehadkan aktiviti lasak.

Memetik kenyataan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, bagi mengelakkan pendedahan terhadap cuaca panas dan jerebu, aktiviti di luar bangunan juga perlu dikurangkan.

“Gunakan pelitup muka bersesuaian jika jerebu dan pelindung diri seperti payung dan topi bagi mengelakkan pendedahan secara langsung kepada cuaca panas.

“Tutup tingkap bagi mengurangkan partikel jerebu masuk ke dalam rumah atau bangunan,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Selain itu, beliau menekankan berkenaan keperluan amalan pengambilan air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

Hal ini adalah untuk mengekalkan tahap kandungan air dalam badan yang memiliki peranan penting untuk mengawal suhu badan.

“Kerapkan mandi bagi menyejukkan badan. Elakkan memakai pakaian yang tebal, ketat dan berwarna gelap bagi membantu proses kehilangan haba dari badan.

“Gunakan alat penyaman udara dan penapis udara yang berkecekapan tinggi di rumah bagi menapis partikel halus dan menghalang kemasukan pencemaran udara dari luar jika berkemampuan,” jelasnya..

Pada masa yang sama, beliau menasihatkan orang awam agar segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat, sekiranya merasa kurang sihat.

Memetik Sinar Harian, seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana menerusi semakan di laman sesawang sistem pengurusan indeks pencemaran udara (APIMS) setakat jam 8 pagi semalam.

Fenomena cuaca panas melanda Malaysia

Untuk makluman, fenomena bahang cuaca panas yang melanda Semenanjung negara dipengaruhi pelbagai punca.

Menurut Bernama, ia disebabkan pemanasan permukaan bumi akibat sinaran matahari dan taburan hujan yang kurang.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan rekod suhu harian maksimum pada 12 April.

Suhu maksimum harian dicatatkan pada tahap 37 darjah Celcius melibatkan negeri-negeri utara Semenanjung dan pedalaman Kelantan dan Pahang.

“Fenomena ini dijangka tidak berlarutan terlalu lama disebabkan hujan dijangka berlaku di kebanyakan tempat dalam beberapa hari akan datang,” ujarnya.

Oleh itu, beliau menyarankan kepada mereka yang berkerja di luar bangunan supaya berhati-hati jika cuaca terlalu panas.

BACA: Tak Jadi Bercerai, Syamsul Tak Lafazkan Cerai Ke Atas Puteri Sarah

Sumber: Sinar Harian

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma