Siakap Keli
rakyat malaysia raya sabtu
Kredit: BERNAMA

Umat Islam Di Malaysia Sambut Aidilfitri Sabtu, 22 April Ini

Umat Islam Di Malaysia Sambut Aidilfitri Sabtu, 22 April Ini

Rakyat Malaysia khususnya umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Sabtu, 22 April ini.

Pengumuman itu dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sekitar jam 8 malam Khamis, yang disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Sabtu, 22 April 2023,” katanya.

Perkara itu dimaklumkan selepas melakukan aktiviti cerapan anak bulan pada petang tadi, di 29 lokasi rasmi di seluruh negara.

Masyarakat Islam akan menyambut Aidilfitri pada tarikh yang dijangka dan tidak seperti tahun lepas, yang sambut sehari awal dari tarikh yang ditetapkan.

BACA: Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal 20 April

Anak bulan mungkin tak kelihatan pada Khamis – Pusat Astronomi Antarabangsa

Terdahulu, media melaporkan Pusat Astronomi Antarabangsa (IAC) memaklumkan bahawa Hari Raya Aidilfitri berkemungkinan akan jatuh pada hari Sabtu (22 April) berikutan anak bulan Syawal mungkin tidak kelihatan pada Khamis.

Pengarahnya,  Mohammed Shaukat Odeh berkata bahawa anak bulan mungkin sukar untuk dilihat pada Khamis di kebanyakan negara kecuali bahagian Afrika Barat seperti di Libya.

Justeru, tarikh sebenar 1 Syawal hanya akan disahkan berdasarkan penampakan anak bulan.

“Anak bulan tidak mungkin akan dapat dilihat dengan mata kasar di mana-mana sahaja di dunia Arab dan Islam pada Khamis ini.

“Ia juga tidak mungkin dapat dilakukan dengan teleskop di kebanyakan negara,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Menurutnya lagi, disebabkan itu teleskop yang tepat, pemantauan profesional dan keadaan cuaca yang luar biasa adalah diperlukan. Namun, gabungan faktor-faktor itu dikatakan jarang berlaku.

“Justeru, prinsip penampakan anak bulan sebagai syarat permulaan 1 Syawal ialah pada hari Sabtu,” jelasnya.

Dalam pada itu, pusat itu juga menjelaskan bahawa tarikh ramalan Aidilfitri ini adalah berdasarkan maklumat astronomi.

“Ramai penyelidik telah menilai nisbah kesilapan  dalam menentukan permulaan bulan Hijrah di negara mereka dan telah mencapai keputusan yang mengejutkan.

“Ia mengesahkan bahawa kemajuan untuk melihat anak bulan dalam beberapa tahun ini adalah sama ada di bawah ufuk atau mustahil untuk dilihat,” katanya.

Sumber: Awani

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana