Siakap Keli
30 malaysia sudan

30 Warga Malaysia Selamat Tinggalkan Sudan Menuju Ke Jeddah

30 Warga Malaysia Selamat Tinggalkan Sudan Menuju Ke Jeddah

30 warganegara Malaysia telah selamat berlepas dari Port Sudan ke Jeddah, Arab Saudi. Mereka diselamatkan oleh kapal Tentera Laut Arab Saudi selepas perjalanan panjang selama 30 jam melalui darat bermula dari Khartoum.

Perjalanan melintasi Laut Merah dijangka mengambil sekurang-kurangnya 12 jam. Perkara ini disahkan sendiri oleh laman Twitter Wisma Putra.

Wisma Putra menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE). Ini kerana atas kejayaan membawa keluar warga Malaysia dari negara Sudan yang sedang bergolak.

“Kami mengucapkan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Kerajaan Arab Saudi @KSAmofaEN dan Kerajaan UAE @MoFAICUAE atas kejayaan pelaksanaan evakuasi ini. Keprihatinan dan sokongan pihak berkuasa telah memastikan evakuasi berjalan dengan lancar.”

Menurut Wisma Putra lagi, Malaysia juga turut membantu rakyat-rakyat negara seperti Kemboja, Palestin, Filipina, Singapura, Sudan, Thailand dan Amerika Syarikat untuk keluar dari Sudan dengan selamat.

Apa yang sedang berlaku di Sudan?

Pada 15 April, pertembungan sengit antara pasukan bersenjata Sudan dengan pasukan RSF  berpusat di Khartoum.

Tentera menuduh RSF melancarkan serangan udara ke atas pangkalan mereka. Abdel Fattah Burhan, Ketua Tentera Sudan, mengeluarkan kenyataan membubarkan RSF.

Pihak-pihak berkonflik telah memperkenalkan beberapa syarat ketenteraman sementara di seluruh negara sejak pertembungan berlangsung, tetapi ia belum cukup untuk selesaikan konflik ini.

Sumber: Wisma Putra

BACA JUGA DISINI

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)