Siakap Keli
suspek buat wheelie
Gambar: Facebook

Polis Buru Dua Suspek Buat “Wheelie”

Polis Buru Dua Suspek Buat “Wheelie”

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan dua suspek yang didapati melakukan aksi berbahaya ketika menunggang motosikal.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Mohd Rosdi Bin Daud berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu telah membuat serbuan di sebuah rumah di Peringat dan telah merampas sebuah motosikal jenis Honda C-110B berwarna putih.

Sepasang baju kurung berwarna biru serta sepasang baju melayu lelaki berwarna biru turut dirampas dalam serbuan tersebut kerana dipercayai digunakan ketika melakukan aksi bahaya itu.

Baca: Rezeki Ramadan, Tengah ‘Shopping’ Raya Ada Yang Tawar X70 Percuma

Walau bagaimanapun, kedua-dua suspek tersebut dilaporkan gagal ditemui dan dipercayai melarikan.

Namun begitu, kedua-dua suspek tersebut dilaporkan telah dikenalpasti dan akan disenaraihitamkan.

“Usaha mengesan sedang dijalankan untuk diambil tindakan dibawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh membawa kepada hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun dan didenda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM15,000.

“Pihak polis menggesa kedua-dua suspek atau orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian tersebut diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kota Bhary, ASP Ahmad Bin Mohamad di talian 09-7752200 atau tampil ke ibu pejabat Polis daerah Kota Bharu atau mana-mana berdekatan untuk membantu siasatan.

Terdahulu, video yang  berdurasi selama 28 saat itu telah menjadi tular di media sosial.

Video tersebut memaparkan penunggang motosikal bersama seorang wanita yang membonceng motosikal tersebut lengkap memakai busana tradisional melayu membuat aksi wheelie.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Jalan Pasir Puteh, Kg Peringat, Kota Bharu, Kelantan.

Sumber: Polis Daerah Kota Bharu

Aqmal Ezany

I write what is right