Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Biara Purba Berusia Ribuan Tahun Di Sepanyol Muncul Semula Akibat Kemarau
Biara purba di Sepanyol yang dibina sekitar 830 dilaporkan ditemui muncul kembali selepas kemarau dahsyat melanda negara itu, lapor Mirror UK.
Gambar-gambar biara purba yang bertebaran di internet itu mendedahkan betapa kritikalnya tahap kemarau di negara tersebut.
Biara yang dikenali sebagai Sant Salvador de la Vedella Benedictine di Catalonia, Sepanyol telah dibina pada tahun 83o.
Ia adalah satu-satunya bangunan perkampungan purba Sant Salvador de la Vedella yang masih berdiri utuh.
Pada tahun 1976, bandar itu telah dibanjiri oleh takungan Baells. Sejak itu, biara tersebut telah dikelilingi oleh air dan hanya boleh dikunjungi dengan kayak ketika takungan penuh dan berjalan kaki apabila rendah.
Oleh disebabkan kemarau, kini takungan itu telah kering sepenuhnya dan imej “mengejutkan” dari Agensi Air Catalan menunjukkan amaran bahaya tersebut.
Catatan muat naik Instagram pada 2017 menunjukkan keadaan biara yang luar biasa itu yang dikelilingi oleh air dari takungan tersebut.

Tahap kemarau di Sepanyol mencapai tahap “luar biasa” pada bulan Mac lalu. Ia telah mengancam akses kepada air minuman bagi 6 juta orang di kawasan metropolitan di Barcelona.
BACA: Terasa Bahang, Cuaca Panas Di Jeli Dijangka Cecah Sehingga 40 Darjah Celcius
Di Catalonia, kira-kira 75 batu di utara Barcelona, keadaan sangat kritikal sehingga paras takungan purata hanya tinggal sekitar 27% daripada kapasiti keseluruhannya.
Selain itu, terdapat juga sekatan ke atas penggunaan air bagi tujuan pertanian dan perindustrian di Sepanyol.
Aktiviti seperti menggunakan air minuman bagi tujuan untuk mencuci kereta atau mengisi kolam renang adalah dilarang sama sekali.
Sementara itu, Sepanyol secara keseluruhan telah menyumbang kepada peningkatan kepanasan global sebanyak 1.3 darjah Celsius sejak 1960-an.
Peningkatan itu adalah fenomena yang ketara sepanjang tahun terutamanya pada musim panas ini, apabila suhu purata telah meningkat sebanyak 1.6 darjah.
Terdahulu, suhu tinggi direkodkan di beberapa negara Asia sejak beberapa minggu lalu selepas benua itu dicekam haba panas sepanjang April.
Menurut laporan CNN, di Asia Tenggara, beberapa negara mencatatkan suhu tertinggi yang pernah direkodkan. Manakala di India, sekurang-kurangnya lebih sedozen maut akibat cuaca panas.
Laos menjadi negara terkini yang mencatatkan suhu tertinggi dalam sejarahnya apabila suhu sehingga 42.7 darjah celcius dicatatkan di Luang Prabang pada Selasa.
Di Thailand, suhu setinggi 45 darjah celcius direkodkan buat pertama kali, kata agensi meteorologinya.
Bandar paling utaranya di Tak, merekodkan suhu 45.4 darjah celcius. Bagaimanapun, kota-kota di Thailand secara purata mencatatkan suhu diantara 30 – 40 darjah celcius sejak akhir Mac
Sumber: New York Post