Siakap Keli
wanita mengidam motosikal polis
Kredit Polis Alor Gajah via Facebook

Hasrat Wanita Hamil Mengidam Nak Naik Motosikal Polis Ditunaikan

Hasrat Wanita Hamil Mengidam Nak Naik Motosikal Polis Ditunaikan

Hasrat seorang wanita hamil yang mengidam untuk menaiki motosikal polis ditunaikan pasukan polis dari Balai Polis Trafik Alor Gajah.

Perkongsian berita itu telah dimuat naik oleh Polis Alor Gajah menerusi hantaran kemaskini Facebook rasmi unit beruniform tersebut.

“Hari ini 03.05.2023 jam lebih kurang 5 petang, BSPTD Alor Gajah terima kunjungan pasangan suami isteri bahagia.

“Suami, Mohd Farid Zuhaili b. Dahlan hadir bersama isterinya yang sarat mengandung ke Balai Polis Trafik Alor Gajah demi menyatakan hasrat isteri tercintanya. Nur Izzati Syamimi Bt Abd Rashid yang mengidam untuk menaiki motosikal berat “Kuda Putih” JSPT,” tulis kemaskini hantaran berkenaan.

Menurutnya lagi, hasrat tersebut telah disambut baik dan mendapat kebenaran daripada Tuan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supt Arshad Bin Abu.

Kedua pasangan itu juga dilaporkan telah mendapat layanan mesra daripada dua orang pegawai polis di balai Polis cawangan tersebut.

Koperal Azlan dan Konstabel Azizee telah melayani pasangan itu yang dijangka akan menimbang cahaya mata pada bulan September depan.

“Detik gembira bagi pasangan dari Masjid Tanah, Melaka ini dirakamkan untuk dijadikan kenangan. Seluruh warga Polis IPD Alor Gajah mendoakan agar pasangan tersebut sentiasa bahagia menjalani setiap detik sebagai suami dan isteri.

“Kami juga mendoakan agar Pn Izzati dipermudahkan urusan ketika melahirkan cahaya mata kelak. Semoga zuriat yang dilahirkan nanti menjadi anak yang soleh/solehah dan berguna untuk agama, bangsa dan negara,” tulis hantaran kemaskini itu lagi.

@melakatv

Jarang jarang berlaku ekkk #AlorGajah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Alor Gajah, hari ini merealiasikan hasrat wanita hamil untuk menaiki motosikal polis. #mengidampunyapasal #mengidamlainmacam🤣 #mengidam #melaka #fypdongggggggg #polis

♬ original sound – Melaka TV – Melaka TV

Sumber: Polis Alor Gajah via Facebook

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka