Siakap Keli
pulau batu gajah mersing terbakar
Gambar: FB Ng See Sean, Idros Husni & Muhd Faeiz Ali

Pulau Dipercayai Pulau Batu Gajah Di Mersing Didakwa Terbakar

Pulau Dipercayai Pulau Batu Gajah Di Mersing Terbakar

Tular di media sosial, sebuah pulau dipercayai Pulau Batu Gajah yang terletak di Mersing didakwa terbakar pada petang tadi.

Memetik China Press, Ketua Polis Mersing, Abdul Razak Abdullah berkata pihaknya dan Balai Bomba dan Penyelamat Mersing telah bergegas ke tempat kejadian untuk tindakan lanjut.

Penduduk tempatan menyedari kejadian itu berlaku apabila terlihat gumpalan asap daripada Pulau Batu Gajah pada sekitar 4 petang.

Api yang marak turut kelihatan pada jam 7.30 petang, kira-kira dua jam selepas kebakaran itu mula tercetus.

Difahamkan juga, kebakaran tersebut merupakan kejadian pertama yang melibatkan pulau berlaku di Mersing.

BACA: Mayat Wanita Ditemukan Dalam Kereta, Dipercayai Dihanyut Arus Deras Banjir Di Mersing

Perkongsian warga maya

Menerusi perkongsian warga maya di Facebook, rata-rata orang ramai berkongsi mengenai kebakaran yang jarang berlaku di pulau itu kepada umum.

Pelbagai persoalan yang timbul mengenai kejadian tersebut kerana pulau tersebut dikatakan berada agak jauh dengan daratan dan terpencil.

Ia memerlukan pengangkutan seperti bot untuk pergi ke pulau itu disebabkan ia agak terasing dengan tempat orang ramai.

https://www.facebook.com/100001467872095/posts/6346199108772289/

Pengguna Facebook, Idros Husni, yang tidak tahu mengenai nama pulau itu memuat naik gambar kawasan tersebut.

“Pulau apa yang terbakar tu? Ada penghuni ke?” memetik kapsyen hantaran itu.

https://www.facebook.com/muhamad.safie.104/videos/216541314432123/

Manakala, Muhammad Safie yang tinggal di Johor Bahru, turut membuat perkongsian yang sama dalam bentuk rakaman video.

Klip yang berdurasi 32 saat itu menunjukkan keadaan sekeliling Pulau Batu Gajah serta tempat kebarakaran tersebut.

Dia dilihat sempat memberi sedikit info mengenai nama pualu itu kerana takut orang ramai mendapat maklumat yang salah.

Walau bagaimanapun, Muhammad Safie tidak menyatakan punca kebakaran itu di dalam klip rakamannya.

Kredit: FB Ng See Sean

Sementara itu, Ng See Sean sempat menangkap gambar kepulauan itu menggunakan dron untuk menunjukkan kebakaran tersebut.

Dia berkongsi gambar tersebut di kumpulan Facebook Anak Mersing Official dan hantaran itu mendapat perhatian penduduk di sekitar itu.

Selain itu, Muhd Faeiz Ali mendakwa bahawa pulau itu terbakar disebabkan oleh cuaca yang terlampau panas.

Muhd Faeiz Ali turut mengepilkan  beberapa gambar dan video di kumpulan Facebook tersebut.

“Pulau Batu Gajah Mersing terbakar akibat suhu cuaca terlampau panas,” katanya.

Gambar: FB Muhd Faeiz Ali
Gambar: FB Muhd Faeiz Ali

Walau bagaimanapun, sehingga ini punca kejadian masih belum diketahui.

Sumber: Facebook

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.