Siakap Keli
kebakaran hutan kanada
Kredit: NBC News

Isytihar Darurat, 25,000 Penduduk Kanada Berpindah Akibat Kebakaran Hutan

Isytihar Darurat, 25,000 Penduduk Kanada Berpindah Akibat Kebakaran Hutan

Kira-kira 25,000 warga Kanada dilapor terpaksa meninggalkan kediaman susulan dilanda 103 kebakaran hutan di Alberta, yang memaksa negara itu mengisytiharkan darurat, lapor AFP.

Perdana Menteri Alberta, Danielle Smith menyifatkan kejadian buruk itu sebagai situasi yang tidak pernah berlaku.

“Kami telah mengisytiharkan darurat wilayah untuk melindungi keselamatan, kesihatan dan kebajikan penduduk Alberta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang akhbar selepas pertemuannya bersama jawatankuasa pengurusan kecemasan kerajaan.

Kata Smith, wilayah tersebut merupakan salah satu wilayah pengeluar minyak terbesar di dunia.

“Wilayah tersebut telah mengalami musim panas dan kering.

“Yang diperlukan hanyalah beberapa percikan api untuk menyalakan beberapa kebakaran hutan yang benar-benar menakutkan.

“Keadaan ini telah mengakibatkan situasi yang belum pernah berlaku,  terjadi di wilayah kita hari ini,” katanya.

Difahamkan, ribuan penduduk telah dimaklumkan untuk sentiasa bersedia meninggalkan rumah dengan segera sekiranya situasi seperti itu berlaku lagi.

Kredit: CBC

Tambah Smith, lebih daripada 20 komuniti telah dipindahkan dan kira-kira 122,000 hektar (301,000 ekar) telah terbakar setakat ini.

Dengan Pengisytiharan darurat, ia memberikan kerajaan Alberta kuasa yang lebih besar untuk bertindak balas terhadap krisis yang melampau.

Ia juga termasuk dengan kuasa menggerakkan sumber tambahan dan membuka kunci dana kecemasan.

Dalam pada itu, hampir semua kawasan di Alberta, yang sedang dalam pilihan raya dan kebanyakan wilayah Saskatchewan serta sebahagian besar wilayah Barat Laut menghadapi kebakaran yang melampaui risiko bahaya.

BACA: Kanada Haramkan TikTok Pada Peranti Kerajaan Mulai Selasa – Laporan

Penduduk di setiap wilayah yang dipindahkan

Lembah Drayton dengan keluasan kira-kira 140 kilometer (85 batu) barat Edmonton dan mempunyai penduduk sekitar 7,000 adalah antara komuniti yang dipindahkan.

Dalam masa yang sama, kebakaran tersebut telah mengakibatkan 20 rumah, kedai dan balai polis dalam komuniti Tasik Fox terbakar.

Penduduk yang terkesan, telah dipindahkan menggunakan bot dan helikopter di kawasan yang lebih selamat.

Di bandar Edson, yang mempunyai lebih 8,000 penduduk juga pernah diperintahkan untuk berpindah dengan segera.

Manakala, Menteri Kesiapsiagaan Kecemasan Persekutuan Bill Blair menerusi ciapan Twitter berkata Ottawa bersedia untuk memberikan bantuan persekutuan, jika perlu.

Kejadian terbaru berlaku di Kanada

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, barat Kanada telah berulang kali dilanda cuaca ekstrem, intensiti dan kekerapannya telah meningkat akibat pemanasan global.

Kebakaran hutan di wilayah tar minyak Kanada pada tahun 2016 telah mengganggu pengeluaran dan menjejaskan ekonomi  100,000 penduduk di Fort McMurray.

Baru-baru ini pada 2021, wilayah paling barat British Columbia memegang rekod tertinggi suhu sepanjang musim panas yang membunuh lebih daripada 500 orang.

Ia turut menyebabkan kebakaran hutan yang memusnahkan sebuah bandar selain banjir besar dan tanah runtuh.

Sumber: AFP

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana