Siakap Keli
suami rakam momen isteri naik lori
Gambar: @mohdhabibullah01/TikTok

Suami Rakam Momen Isteri Bahagia Setiap Kali Naik Lori Buat Ramai Tersentuh

Suami Rakam Momen Isteri Bahagia Setiap Kali Naik Lori Buat Ramai Tersentuh

Kehidupan tidak mempunyai panduan seperti kebanyakan alatan yang mempunyai buku manual, yang perlu diikuti cara ketetapan untuk mendapatkan pengakhiran yang sempurna.

Namun, berbeza pula dengan kehidupan, manusia diberi peluang untuk mencorakkan hidup mereka berdasarkan kehendak, pengalaman dan petunjuk yang diberikan yang Maha Esa.

Disebabkan itu, apabila semakin dewasa, semakin sedar bahawa cara kehidupan setiap orang adalah berlainan kerana mereka menentukan apa yang terbaik dalam hidup tanpa mengikuti panduan.

Sebagai contoh yang boleh dilihat pada kali ini ialah makna kebahagiaan, yang sudah tentunya setiap orang mendefinisikan makna tersebut secara berlainan mengikut dengan cara kehidupan yang diamalkan.

Suami rakam momen isteri

Ia juga berkait dengan satu rakaman video yang tular baru-baru ini, memaparkan kelakuan seorang isteri semasa dia membuka pintu menaiki kenderaan yang dibawa oleh suaminya.

Klip yang berdurasi satu minit 20 saat itu merupakan kompilasi ragam isteri membuka pintu ketika dijemput dan yang paling menarik, video tersebut dirakam oleh suaminya sendiri.

Kredit: @mohdhabibullah01/TikTok

“Dulu setiap kali buka pintu ada sahaja macam-macam ragam dia. Sekarang dia dah tak ikut, jadi rindu pula,” tulis kapsyen tersebut yang disiarkan di TikTok @mohdhabibullah01.

Dalam setiap rakaman itu, wanita tersebut dilihat mempunyai gaya yang tersendiri dalam menyapa suaminya semasa berjumpa.

Isteri tersebut sering mempunyai cerita yang ingin dikongsikan kepada pasangannya sambil melemparkan barangan yang dibawa ke atas kerusi lori itu.

“Assalamualaikum cinta”

Baby, baby nampak tak ayang buat apa dekat Facebook?”

“Ada orang ingat, ayang nak lari rumah”

Baby, betul ke naga wujud?”

“Assalamualaikum baby, baby nak tahu tak?” 

Itu merupakan kata-kata yang dituturkan oleh isterinya dalam video itu hingga ada dalam kalangan netizen mengatakan ia adalah perbuatan yang comel.

Lelaki bertuah itu juga dilihat tidak penat melayan malah terasa teruja setiap kali isterinya membuka pintu lori yang dipandunya.

Video tersebut meraih perhatian warga maya di mana ia menerima sebanyak 3.6 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

Detik yang dirakam itu bukan sahaja membuatkan isterinya dihargai namun ramai yang dapat merasakan kebahagiaan yang dicipta oleh pasangan tersebut adalah ikhlas serta tulus.

BACA: Lelaki Dakwa Dibuang Kerja, Minta Ubah Cuti Kerana Isteri Bersalin Awal Dari Tarikh

Komentar warga maya

Warga maya mengambil peluang meninggalkan komen dalam ruangan yang disediakan dan ada beberapa mengkaitkan video itu dengan makna kebahagiaan.

Kredit: TikTok

Adam Zuhairi berkata untuk mencipta kebahagiaan itu mudah apabila berjumpa dengan orang yang tepat.

“Abang beruntung dapat kakak, dan kakak beruntung dapat abang,” katanya.

Kredit: TikTok

“Semoga berbahagia bro, bahagia itu sendiri cipta suasana keserasian yang terindah,” tambah pengguna @one92_.

Kredit: TikTok

“Kebahagiaan tidak semestinya mewah,” tambah Raizel yang turut mendoakan agar pasangan itu bahagia selamanya.

Kredit: TikTok

Manakala, pengguna @Mummy86 mengatakan bahagia mempunyai pelbagai cara. Dia berkata demikian selepas melihat suaminya sentiasa merakam momen isterinya membuka pintu kenderaan.

Saksikan video penuh di bawah ini.

@mohdhabibullah01

Dulu setiap kali bukak pintu ada je macam2 ragam dia. Sekarang dia dah tak ikot jadi rindu pulak 🥹 takpe yayang nanti cuti ikot b eh. Siapa ingat lagi video2 ni semua ? Banyak kenangan kat account lama 😌 @Wawa Todak 🧜🏼‍♀️ si budak cinonet semua orang

♬ Until I Found You – Stephen Sanchez

Sumber: @mohdhabibullah01/TikTok

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana