Siakap Keli
Anak lembu lepak rumah
Gambar: TikTok @_si.nunun

Selamba Lepak Dalam Rumah, Gelagat Anak Lembu Dikacau Memerang Cuit Hati Ramai

Selamba Lepak Dalam Rumah, Gelagat Anak Lembu Dikacau Memerang Cuit Hati Ramai

Lembu merupakan haiwan ternakan yang dimiliki oleh kebanyakan penternak khususnya di negara Malaysia. Seperti yang diketahui, haiwan ini mempunyai nilai yang agak tinggi di pasaran.

Haiwan berkaki empat ini sinonimnya diternak di kawasan ladang ataupun tanah lapang yang berumput hijau.

Bagaimanapun, baru-baru ini tular satu rakaman yang dimuat naik oleh @_si.nunun telah mencuit hati warganet apabila seekor anak lembu “selamba” lepak di ruang tamu rumah.

Dalam video berdurasi 29 saat itu memaparkan lembu berkenaan (dikenali sebagai “Biko”) sedang leka baring di atas karpet berwarna biru di dalam rumah.

“Perangai nunun 2.0 nie pelik” sungguh,” tulis pemilik video itu.

Menariknya, seekor memerang (diberi nama” Nunun”) mengusik Biko yang sedang merebahkan badan. Walaupun gelagat Nunun seolah-olah mencabut gigi Biko, anak lembu tersebut seperti masih dibuai mimpi dan kelihatan pasrah.

@_si.nunun

Perangai nunun 2.0 nie pelik” sungguh😩#masukberanda #fyp #memerangjinak #xyzbca

♬ bunyi asal – SI.NUNUN🦦 – SI.NUNUN🦦

“Hang ni Nunun, tukaq perangai hang Nunun. Kawan tengah tidoq elok-elok hang pi korek mulut dia.

“Ya Allah kesian Biko.. Nunun hang takmau kacau awek hang. Mana boleh cabut gigi dia Nunun.

“Nunun.. gigi dia tak boleh cabut pun sayang.. Ya Allah Biko pun.. lawanlah sama Biko.

“Dia gigitnya muncung hang satgi Nunun. Nunun!”  ujar individu dipercayai pemilik video tersebut.

BACA JUGA: “Cuci Setiap Hari..,” Ini Cara Mudah Nak Hilangkan Kotoran Pada Kain Buruk

Terkejut Netizen Tengok Biko

Rata-rata netizen pecah perut melihat telatah kedua-dua haiwan itu. Lebih-lebih lagi warganet menyifatkan bahawa mereka jarang melihat lembu berehat di dalam kediaman.

Anak lembu lepak rumah

“Gempak ouh..lembu dalam rumah zaman sekarang nie…,” kata hanif_sempoi.

“Ya Allah baru nak komen orang islam boleh pulak bawak hanjing… sekali dia pusing kepala,” tulis fazlianjbutik.

Anak lembu lepak rumah

“Nunun okay hm tapi yang lembu duduk dalam rumah dah kenapa,” jelas Lyaa.

M I F juga terhibur dan menyifatkan jarang orang membela kucing kucing besar “bas”.

“Weii… lembu lepak dalam rumah.. memang rare,” tulis MrLayonn0125 sambil ketawa (emoji)

“Ya Allah, lembu dalam rumah. Bersepak tahik kena basuh. Hahhahahah,” tulis Jyha amang.

Anak lembu lepak rumah

“Weii.. biko mai beraya dok atas karpet lagi.,” kata Kak uder zana.

Untuk makluman, video ini telah mendapat lebih 2.8 juta tontonan, hampir 260,000 tanda ‘Suka’ dan 8,000 komen.

Sumber: TikTok @_si.nunun

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?