Siakap Keli
guru tadika jana jutaan ringgit
Kredit: Oriental Daily

Guru Tadika Berhenti Kerja, Jana Pendapatan Jutaan Ringgit Melalui “Live Stream”

Guru Tadika Berhenti Kerja, Jana Pendapatan Jutaan Ringgit Melalui “Live Stream”

Kini, internet boleh dianggap sebagai satu tempat untuk mencari peluang kerjaya baharu. Lagi-lagi dengan kuasa viral yang mampu membuka pintu kepada peluang-peluang ini.

Seakan menerima durian runtuh, seorang guru tadika di China tidak menyangka bahawa video dirinya mengajar lagu kanak-kanak tular di platform media sosial China, Douyin.

Susulan itu, wanita tersebut bertindak untuk berhenti kerja selepas salah satu sesi live stream yang dilakukannya  berjaya menjana pendapatan bernilai gajinya untuk 10 tahun.

Lapor China Times, seorang guru prasekolah yang bernama Huang menjadi sebutan ramai apabila video lagu kanak-kanaknya mencapai jumlah tontonan mencecah lebih dari 100 juta.

Gerak geri wanita asal Wuhan ini telah menarik jumlah peminat sehingga mencecah 4.3 juta peminat.

Selepas kandungan video di Douyin mendapat sambutan hangat, Huang disarankan untuk membuat livestream

Oleh sebab itu, ramai warga maya menyarankannya untuk memasuki dunia penstriman secara siaran langsung.

Saranan tersebut telah membuahkan hasil apabila ramai peminatnya yang berkunjung dalam sesi live stream itu sambil memberikan hadiah semasa sesi itu.

Secara keseluruhan, sesi live stream terbabit berjaya menjana jumlah pendapatan hampir 500,000 yuan (RM320,870.18) dalam satu hari sahaja.

Sebagai seorang guru tadika di Wuhan yang menerima bayaran gaji sebanyak 3,000 yuan (RM1926.84) sebulan, keuntungan daripada media sosial ini dianggap lumayan.

Hal ini kerana, hasil keuntungan live stream yang diperolehinya pada hari pertama bersamaan dengan hasil pendapatan Huang selama 10 tahun. Perkara ini memberikan galakan dan jaminan kepada wanita tersebut untuk berhenti daripada pekerjaan asalnya.

Guru tadika jana jutaan ringgit

Difahamkan, Huang berjaya meraih kira-kira 2 juta yuan (RM1.28 juta) daripada tiga sesi live stream sahaja.

Terharu dengan sokongan orang ramai yang tidak henti memberikan hadiah ketika siaran langsung, Huang berterima kasih sambil menitiskan air mata.

“Saya sangat gembira dan teruja. Saya membuat ‘live stream‘ untuk satu hari sahaja dan kini, jumlah pendapatan saya melebihi gaji saya selama 10 tahun, Terima kasih kalian,” katanya.

Ada ura-ura yang mengatakan Huang telah menandatangani kontrak bersama sebuah syarikat pengurusan bakat. Ada pula yang meragui pilihannya untuk menceburi karier baharunya kerana popularitinya mungkin akan tenggelam memandangkan trend internet yang tidak menentu.

BACA: Eh, Ingat Sensor? Rupanya Ini Fungsi Sebenar ‘Petak Empat Segi’ Pada Bumper Kereta

Sumber: China Times

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma