Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Messi Ke Al-Hilal Hanyalah Berita Palsu – Ayah

Syed Faisal Sayed Muhammad
messi ke al-hilal
Kredit: AFP

Messi Ke Al-Hilal Hanyalah Berita Palsu – Ayah

Dakwaan mengenai penyerang sensasi Argentina, Lionel Messi yang dikatakan bakal berhijrah ke kelab Liga Arab, Al-Hilal hanyalah berita palsu.

Perkara tersebut diakui ayahnya, Jorge Messi yang menafikan khabar angin bahawa Messi sudah mengikat perjanjian kontrak baharu dengan kelab lain.

Jorge dalam satu kenyataan menepis dakwaan itu dan menjelaskan bahawa tiada sebarang perjanjian dibuat dengan mana-mana kelab untuk musim akan datang.

Malah jelasnya, sesetengah pihak (terutamanya media) sengaja menerbitkan berita palsu yang tidak berasas.

“Tiada apa-apa (perjanjian) dengan mana-mana kelab untuk tahun depan. Keputusan itu tidak akan dibuat sebelum Lionel (Messi) menamatkan liga bersama PSG.

“Sebaik sahaja musim berakhir, sudah tiba masanya untuk (kita) menganalisis dan melihat apa yang ada sebelum membuat keputusan,” katanya Jorge dalam kenyataan semalam.

Dalam pada itu, Jorge mendakwa khabar angin tersebut tercetus apabila ada sesetengah pihak yang mempergunakan nama anaknya bagi tujuan tertentu.

“Selalu ada khabar angin dan ramai yang menggunakan nama Messi untuk menjadi terkenal tetapi kebenarannya hanya satu, kami jamin bahawa tiada apa-apa dengan sesiapa pun.

“Baik (perjanjian) secara lisan, ataupun tanda tangan, sama ada bersetuju (atau tidak), tidak akan ada sehingga akhir musim,” tambahnya.

Jorge yang membuat kenyataan itu mengakui bahawa dirinya berasa tidak senang melihat sesetengah pihak yang mereka berita palsu mengenai anaknya.

“Nampaknya saya kurang rasa hormat terhadapa media yang mereka balas, tanpa memberikan bukti dakwaan dan mahu menukar sebarang khabar angin kepada berita palsu.

“…atau yang diarahkan oleh seseorang dalam memihak kepada kepentingan mereka.

“Mereka perlu menjelaskan kenapa mereka tidak mengenal pasti dahulu info. Mereka tidak mahu kebenaran ‘merosakkan’ berita mereka,” katanya lagi.

Kenyataan Jorge itu dimuat naik ke laman Instagram dan turut dikongsi semula oleh wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano di Twitter semalam.

Merujuk Talk Sport, kontrak bintang Argentina itu di kelab semasanya, Paris Saint-Gemain (PSG) kini mungkin akan tamat pada tahun ini.

Bagaimanapun difahamkan beliau masih belum membuat sebarang keputusan berkenaan status kelab yang bakal disertainya pada musim depan.

BACA: Messi Menang Ahli Sukan Terbaik Laureus 2023

Pernah didakwa bersetuju terima tawaran ke Al-Hilal

Terdahulu, media pernah melaporkan bahawa Lionel Messi dan Sergio Busquets didakwa telah menerima tawaran untuk menyertai kelab Al-Hilal di Arab Saudi pada musim panas ini.

Kontrak itu melibatkan bayaran USD 662 juta (RM2.9 bilion) setahun menurut El Chiringuito.

Kontrak Messi dan Busquets bersama kelab mereka dilaporkan bakal tamat pada 30 Jun depan.

Sementara itu, pihak Messi telah memaklumkan PSG bahawa pemain itu akan meninggalkan ibu kota Perancis, menurut Fabrizio Romano.

Dalam masa sama Barcelona sebelum ini dilaporkan berusaha untuk membawa pulang bintang Argentina itu dan juga mendapatkan kapten mereka Busquets.

Jika berita daripada El Chiringuito itu benar, Al-Hilal juga dilaporkan akan mendapatkan seorang lagi legenda kelab Barca iaitu Jordi Alba.

Sumber: Fabrizio Romano / Talk Sport