Siakap Keli
pelajar malaysia siswa cemerlang
Gambar: Twitter Maszlee Malik & Twitter Dr. Rais Hussin

Pelajar Malaysia Raih Enam Anugerah Siswa Cemerlang Di Qatar

Pelajar Malaysia Raih Enam Anugerah Siswa Cemerlang Di Qatar

DOHA — Seorang pelajar Malaysia melakar kejayaan cemerlang dengan menggondol enam anugerah siswa di Universiti Georgetown di Qatar, lapor Sinar Plus.

Nusaybah Maszlee, berusia 24 tahun merupakan pelajar dalam jurusan Bachelor International Relations and Affairs, School of Foreign Services di universiti tersebut.

Difahamkan, anak sulung daripada empat adik beradik itu menerima Anugerah Suma Cum Laude (pelajar paling cemerlang), Anugerah Pingat Dekan dan tesis terbaik.

Pelajar Malaysia Siswa Cemerlang

Lebih membanggakan lagi, Nusaybah mendapat markah keseluruhan bagi semua semester (CGPA) 4.0.

Kejayaan anak mantan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik itu menjadikan beliau sebagai pelajar Malaysia dan Asia Tenggara pertama yang mendapat anugerah seumpama itu.

Sebelum ini, Nusaybah melanjutkan pengajian di bawah American Transfer Program iaitu Political Science & Government di Sunway University dari tahun 2018 hingga 2019.

Muat Naik Momen Bersejarah Di Platform Media Sosial

Maszlee yang kini bekerja sebagai pesyarah di sebuah kolej universiti swasta di Cyberjaya turut memuat naik detik-detik manis penghargaan anaknya di Twitter.

“Malaysia Boleh!” tulisnya di platform media sosial tersebut hari ini.

Bapa berusia 49 tahun itu turut memuat naik gambar di Instagram Story miliknya.

Gambar: Instagram Story Maszlee Malik

Kejayaaan itu turut dikongsikan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EMIR Research, Datuk Rais Hussin Mohamed Ariff di akaun Twitter rasminya.

BACA JUGA: Hafizah Al-Quran Cemerlang, Raih Tempat Kedua Di Dunia Dalam ACCA

Beliau turut berbangga dengan kejayaan yang dikecapi oleh anak sulung bekas Menteri pendidikan Malaysia itu.

“Nusaybah Maszlee, menggondol 6 anugerah siswa cemerlang Georgetown University Qatar.

Pelajar Malaysia & Asia Tenggara pertama yang mendapat CGPA 4.0, mendapat Suma Cum Laude (pelajar paling cemerlang), anugerah pingat Dekan, Thesis terbaik cemerlang. Congrats @maszlee & family” jelasnya dalam satu ciapan.

Hafizah Dari Malaysia Raih Tempat Kedua Di Dunia Dalam ACCA

Sebelum ini, seorang penghafaz al-Quran atau ‘hafizah’ meraih pencapaian cemerlang apabila menduduki tempat kedua peringkat dunia dalam peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) bagi sesi Mac lepas, lapor Bernama.

Safwa Zamri, 19, merupakan pelajar dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Dungun. Dia telah menerima Top ACCA Foundation in Accountancy (FIA) Prize bagi kertas ‘FA1-Rekod Transaksi Kewangan.

Dia telah memperoleh markah 98 peratus, sekali gus berada pada kedudukan pertama di Malaysia.

Jelas Safwa, beliau tidak mempunyai asas pengajian perakaunan sebelum ini. Hal ini kerana mengambil aliran sains tulen dan hafazan (agama).

“Saya memperoleh keputusan 12 A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Saya juga berjaya hafaz 30 juzuk al-Quran ketika berada di tingkatan dua iaitu selepas dua tahun menghafaz al-Quran.

“Ketika mahu menyambung pelajaran ke UiTM, ibu bapa saya mencadangkan supaya saya pilih jurusan perakaunan. Ia kerana sesuai dengan kebolehan saya, selain memang minat matematik,” katanya.

BACA JUGA: Dalam Masa Tak Sampai 2 Bulan, Remaja Ini Mampu Hafal 30 Juzuk Al-Quran & Jadi Hafizah

Sumber: Sinar Plus, Twitter Maszlee Malik, Twitter Dr. Rais Hussin 

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?