Siakap Keli
bayi terputus kepala doktor cuai
Kredit: Bernama

Bayi Meninggal Dunia, Didakwa Kepala ‘Terputus’ Ketika Dilahirkan

Bayi Meninggal Dunia, Didakwa Kepala ‘Terputus’ Ketika Dilahirkan

Sepasang ibu bapa di Brazil kecewa apabila kepala bayi perempuan mereka dipercayai ‘terputus’ ketika dilahirkan pada 1 Mei lepas.

Menurut New York Post, Ranielly Coelho Santos telah hamil selama 28 minggu ketika ditahan di Hospital das Clinicas da UFMG, Belo Horizonte.

Difahamkan, wanita itu ditahan di sebuah hospital pada lewat bulan April disebabkan tekanan darah tinggi. Akibat masalah kesihatan tersebut, dia terpaksa melahirkan kandungannya lebih awal daripada tarikh jangkaan.

Ketika berada di dewan bersalin, operasi menyambut bayi itu turut disaksikan suaminya, Victor da Silva.

Lebih terkilan, bapa sempat melihat anaknya ‘hidup’ untuk beberapa saat sebelum kepalanya terputus

Namun, saat kelahiran yang sepatutnya menjadi permulaan bagi khabar gembira berubah menjadi satu episod ngeri buat keluarganya.

Suaminya berkata doktor yang ditugaskan untuk menyambut bayinya telah menekan perut isterinya dan cuba mengeluarkan bayinya dari rahimnya secepat mungkin.

Dalam proses itu, kepada anaknya didapati ‘terputus’ daripada badannya. Lebih menyayat hati, lelaki itu sempat melihat bayinya menggerakkan mata dan mulutnya sebelum kejadian ngeri itu berlaku.

Kisah yang berlaku di Brazil itu telah menarik tumpuan ramai orang selepas pasangan tersebut menfailkan laporan kepada pihak polis dan berjanji untuk menegakkan keadilan buat anak mereka.

Dalam pada itu, kedua-dua ibu bapa telah menerima permohonan maaf daripada doktor yang ditugaskan untuk menyambut bayi tersebut.

Bukan itu sahaja, seorang pekerja sosial di hospital tersebut memberitahu mereka bahawa kos pengebumian anaknya bakal ditanggung sepenuhnya oleh pihak hospital.

Namun begitu, tawaran tersebut termaktub jika pasangan tersebut bersetuju untuk tidak memanjangkan perkara ini.

Pihak peguam yang mewakili pasangan tersebut memberitahu pihaknya masih tidak menandatangani sebarang surat tuntutan.

Selain itu, pihaknya dilaporkan telah menghantar beberapa anggota badan bayi tersebut ke Institut Perubatan Perundangan untuk menjalankan analisis secara lanjut.

Terdahulu, satu kes serupa dilaporkan di India pada 2019. Seorang jururawat didakwa cuai sehingga menyebabkan badan bayi terbelah dua pada bahagian pinggang,

Menurut laporan 9News, bahagian kepala bayi yang masih tersisa dibiarkan di dalam rahim ibunya selepas anggotanya terbelah.

Selepas ibu tersebut dipindahakan ke sebuah hospital, pasukan doktor yang ingin menyambut kelahiran bayinya menyangka uri pada asalnya. Mereka terkejut apabila mendapati ‘uri’ tersebut adalah bahagian anggota badan anaknya yang masih tersisa.

BACA: Bicara Ebit Lew: 436 Keping Gambar Diperoleh Daripada Telefon Bimbit

Sumber: The Straits Times

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma