Siakap Keli
cara kopek kerang
Gambar: Puan ShafiQa

“Confirm” Isi Tak Melekat, Wanita Ini Kongsi Cara Betul Kopek Kerang 

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“Confirm” Isi Tak Melekat, Wanita Ini Kongsi Cara Betul Kopek Kerang 

Makanan berasaskan laut dan air tawar sememangnya menjadi kegemaran orang ramai lebih-lebih lagi seperti ketam, udang galah, siput sedut dan juga kerang.

Jika dilihat di kedai-kedai makan khususnya di persisiran pantai dan sungai, anda akan dapat menikmati pelbagai jenis masakan ini.

Bagaimanapun, proses mencuci dan mengopek kulit bukanlah sesuatu yang mudah. Tambahan lagi sesetengah kerang atau siput tertimbus di dalam selut atau tanah.

Sebut pasal kerang, umum mengetahui bahawa proses mengopeknya mengambil masa yang lama. Lebih-lebih ia berbentuk bulat dan sedikit kasar pada permukaan kulitnya.

Selain itu, isinya juga seringkali melekat pada kulit dan menjadikan kualiti turut terjejas untuk memasak.

Jadi bagaimanakah cara atau langkah yang boleh digunakan untuk mengopek kulit kerang tanpa isinya melekat? Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari ikuti perkongsian Puan ShafiQa di Facebook Kumpulan Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official.

Cara “Kopek” Kulit Kerang  Supaya Tak Lekat

Thanks admin approve. 1st time post sini. Bukan tak jadi, tapi nak bagi tips kopek kerang cantik macam ni.

BACA JUGA: Mungkin Ramai Tak Tahu, Ini Beza Ikan Keli & Ikan Sembilang

Bertahun-tahun masak kerang mesti isi lekat kat cengkerang dia.

Tips Kopek Kerang
Gambar: Puan ShafiQa

Cara-cara:

Didihkan air dalam periuk
Cuci kerang bersih-bersih
Air dah mendidih masukkan kerang. Gaul-gaul dalam 30 saat. Angkat kerang letak dalam air sejuk/air paip.
InshaAllah isi kerang tak melekat dah.
Tapi isi kerang half cook yer, untuk buat sambal or masakan lain sesuai guna kaedah ni.

Tips Kopek Kerang
Gambar: Puan ShafiQa

Edited *: Post ni dari awal puasa lagi.. Sekarang baru admin approve.. Anyway thanks admin

Gambar: Puan ShafiQa

Untuk resepi ni saya campak-campak je tak berani nak bagi sebab saya tengok video orang Thailand masak je cuma saya kukus sekejap lepas kopek sebab tak suka kerang tu still berdarah.

Untuk ratah boleh rebus 2 kali.. Maksudnya selepas kopek macam ni rebus semula letak perasa.

Sumber: Puan ShafiQa via Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?