Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

“Ketuk, Ketuk Je”, Tak Perlu Susah Nak Belah, Ini Cara Mudah Nak Makan Lemang
Lemang merupakan salah satu hidangan tradisi yang melengkapi Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha di Malaysia.
Cara pembuatan yang unik menyebabkan hidangan ini ada peminat yang cukup ramai di negara kita.
Resepinya juga tidak susah dan tidak memerlukan bahan-bahan yang banyak. Apa yang diperlukan cuma beras pulut, santan, daun (sama ada daun pisang ataupun daun lereh) dan sedikit garam.
Namun yang mencabarnya, buluh dan kayu api jika hendak dibakar secara tradisional perlu dicari terlebih dahulu. Paling memenatkan sudah tentu bagi ‘mereka’ yang dilantik untuk menjaga lemang ketika dibakar daripada menjadi hangit.
Boleh keluar peluh jantan kalau kena tunggu dekat dengan api 4-5 jam. Jadi tak hairanlah, juada lemang ini apabila sudah masak, perasaan menikmatinya tidak terkata.
Tetapi nanti dulu, nak bawa keluar pulut daripada batang lemang pun sebenarnya agak mencabar dan bukan satu tugasan yang mudah.
Biasanya, kita akan cuba membuat belahan kecil pada bahagian hujung lemang terlebih dahulu, barulah batang lemang ditarik dengan perlahan-perlahan.
Walau bagaimanapun, jika pisau yang digunakan agak tumpul, maka ‘berjanggutlah’ kita nak mendapatkan hasil juadah tersebut.
Lagi dahsyat, pisau yang tumpul tidak dapat memberikan belahan yang cukup besar dan memaksa anda untuk membuka buluh lemang dengan kudrat yang besar.
Terdapat video menarik di TikTok yang menunjukkan cara mudah mengeluarkan lemang tanpa perlu membelah buluh terlebih dahulu.
Pada awal video tersebut, pengguna Rini Zulkifli (rinizulkifli_racuntiktok) cuba mengeluarkan lemang dengan cara yang biasa dipraktikkan oleh orang ramai.
Wanita tersebut meletakkan pisau pada hujung buluh bagi membuat belahan kecil bagi memudahkan proses mengeluarkan lemang. Tindakan Rini diperhatikan bapanya yang sedang duduk di atas sofa.
“Eh, tak payah belah-belah.”
Bapanya berkata, Rini hanya perlu mengoncangkan buluh lemang itu dan menarik buluh itu perlahan-lahan daripada bahagian atas. Mudah, tak perlu untuk membelah buluh pun sebenarnya.
Dengan mendengar arahan tersebut, Rini berjaya mengeluarkan isi lemang terbabit dalam satu percubaan sahaja.
“Dah umur 39 (tahun), baru ni tahu ayah. Macam tu je…,”
BACA: Jenama Kesukaan ‘Mak-mak’, Tupperware Beri Amaran Mungkin Bangkrap
Sumber: rinizulkifli_racuntiktok via TikTok