Siakap Keli
tips cuci dakwat pen
Gambar: Clorox

Susah Nak Hilang, Ini Lima Tips Cuci Dakwat Pen Pada Baju

Susah Nak Hilang, Ini Lima Tips Cuci Dakwat Pen Pada Baju

Setiap daripada kita mengenakan pakaian mengikut keselesaan masing-masing. Terdapat pelbagai reka bentuk dan warna pakaian yang boleh anda dapati.

Seperti yang diketahui, setiap pakaian mempunyai pengkelasan dan mengikuti kesesuaian majlis seperti pakaian tradisional, formal, uniform dan sebagai.

Bagaimanapun, pakaian yang digunakan cenderung terkena kotoran dan termasuklah dakwat pen ketika banyak melakukan pergerakan.

Sekiranya terkena dakwat pen, ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk ditanggalkan lebih-lebih lagi pakaian yang berwarna cerah kerana jelas terpampang pada umum.

Jadi, bagaimanakah tips yang berkesan untuk menanggalkan dan cuci dakwat pen yang terkena pada pakaian anda? Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian Hell0 Doktor di bawah.

Lima Cara Berkesan Tanggal Dakwat Pen

Pernahkah anda mengalami situasi di mana dakwat pen terkena dan terlekat pada baju? Jika ya, sudah pasti anda tahu betapa sukar untuk menghilangkannya daripada baju bukan? Tenang, ada beberapa cara hilangkan dakwat pen pada baju anda boleh lakukan!

Aktiviti harian punca dakwat pen terlekat?

Dalam kehidupan kita semua, sangat banyak aktiviti yang memerlukan penggunaan kertas, pen dan dakwat terutama di dalam dunia pekerjaan atau pengajian secara profesional.

Ini kerana kita semua sudah pasti akan banyak menulis sesuatu yang penting di atas kertas seperti dokumen, nota, minit mesyuarat serta lain-lain bentuk penulisan atau penerbitan.

Bukan itu sahaja, aktiviti harian si manja anda di rumah yang menyeronokkan seperti melukis dan mewarna dengan pen, pensel, krayon atau cat air juga banyak memerlukan dakwat.

BACA JUGA: Guna Dua Bahan Ni Je, Wanita Kongsi Cara Berkesan Perangkap Lipas Dalam Kereta

Kesannya, aktiviti harian individu sama ada di pejabat, sekolah dan di rumah boleh menjadi punca ‘serangan’ dakwat pen di mana ia mungkin boleh terkena lalu terlekat pada pakaian.

Persoalannya, wujudkah sebarang cara hilangkan dakwat pen pada baju yang anda boleh lakukan?

Ini cara nak hilangkan dakwat pen pada baju!

Malangnya, dakwat yang sudah wujud pada baju atau seluar anda sangat sukar untuk ditanggalkan kerana ia sudah meresap dan melekat ke dalam unit partikel fabrik dengan amat kuat.

Usah bimbang, masih ada cara hilangkan dakwat pen pada baju dengan gunakan bahan dari dapur:

#1. Menggunakan produk ubat gigi

Hilangkan Dakwat Pen Baju
Gambar: New York Center For Cosmetic Dentistry

Pertama, ramai orang yang mungkin telah lama menggunakan kaedah ini sebagai cara hilangkan dakwat pen pada tangan. Berita baiknya, anda turut boleh lakukan cara ini pada baju.

Caranya, anda cuma perlu sapukan, ratakan dan gosokkan ubat gigi ini pada kawasan pakaian yang terkesan lalu biarkan selama beberapa minit atau jam sebelum bilaskan dengan air bersih.

Cara hilangkan dakwat pen pada baju #2. Cuka

Hilangkan Dakwat Pen Baju
Gambar: The Spruce / Sanja Kostic

Ramai suri rumah selalu menggunakan cuka untuk membersihkan kesan kotoran pada permukaan lantai, dinding, siling, tingkap atau tempat lain terutama celahan rumah yang tersembunyi.

Jangan terkejut jika ia turut boleh digunapakai pada baju yang tercemar dengan dakwat pen! Ini kerana cuka itu sendiri punya sifat asidik dan akan mengikis serta menghakis sebarang permukaan.

#3. Garam

Hilangkan Dakwat Pen Baju
Gambar: Bernama

Partikel garam yang kecil dan kasar selalu digunakan pada kulit untuk skrub dan eksfoliasi namun ia juga punya kegunaan lain seperti boleh disapukan pada baju tercemar dengan dakwat pen.

BACA JUGA: Guna Tiga Bahan Je, Ini Cara Mudah Nak Hilangkan “Watermark” Pada Cermin Kereta

Alasannya, garam mampu menyerap air pada suatu permukaan yang lembap atau basah. Di dalam kes ini, dakwat mungkin mampu diserap lalu ‘hilang’ daripada permukaan pakaian anda itu.

#4. Membersihkan dengan susu pekat

Cara hilangkan dakwat pen pada baju yang lain termasuk gunakan susu pekat. Kaedah yang sangat aneh bukan? Buat kalian yang belum tahu, susu pekat mampu bertindak seperti peluntur.

Disebabkan kelikatan dan kepekatan bahan dari dapur ini, ia akan meresap, menyerap dan bercampur dengan dakwat pen pada fabrik baju anda yang sekali gus memudahkan untuk ia ‘dibuang’.

#5. Cecair alkohol juga boleh bantu?

Gambar: Bernama

Ada beberapa jenis alkohol yang ramai percaya bagus bagi tujuan membersihkan pakaian daripada kotoran dan antara yang paling popular adalah bahan alkohol ethanol atau isopropyl.

Lebih popular dengan nama ‘rubbing alcohol‘, ia sering digunakan bagi tujuan menghilangkan sisa kotoran daripada permukaan yang mudah terdedah terutama bahan daripada jenis fabrik.

Bertindak cepat atau anda akan menyesal!

Diingatkan bahawa semua cara hilangkan dakwat pen pada baju di atas tadi hanya sekadar amalan tradisional yang tidak dijamin bakal berkesan kerana ia bergantung pada banyak faktor.

Antara yang paling penting adalah kalian kena tahu satu hipotesis iaitu; semakin lambat anda cuba hilangkan dakwat pen daripada baju, semakin rendah potensi untuk usaha anda berjaya.

Sebaiknya, terus cuci pakaian harian anda yang tercemar dengan dakwat pen atau kotoran lain jika mahu ia mudah ditanggal. Ingat, bertindak cepat atau anda akan menyesal!

Sumber: Hello Doktor

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?