Siakap Keli
jambatan tertinggi india
SUMBER RAILWAY TECHNOLOGY

India Bina Jambatan Kereta Api Tertinggi Di Dunia, Lagi Tinggi Dari Menara Eiffel

India Bina Jambatan Kereta Api Tertinggi Di Dunia, Lagi Tinggi Dari Menara Eiffel

India kini memiliki jambatan kereta api tertinggi di dunia yang mana ketinggiannya melebihi Menara Eiffel, yang terletak di Perancis.

Dibina di atas Sungai Chenab, jambatan berkenaan berada pada ketinggian 359 meter, iaitu kira-kira 29 meter lebih tinggi daripada Menara Effel.

Dengan pembinaan menelan masa berdekad-dekad lamanya, jambatan berkenaan akan dibuka untuk kegunaan awam bermula Disember ini atau awal Januari depan.

Jambatan sepanjang 1.3km itu adalah sebahagian daripada projek untuk menjadikan lembah Kashmir terhubung dengan rangkaian Kereta Api India. Selain Jambatan Chenab, projek Udhampur-Srinagar-Bramulla Rail Link (USBRL) ini juga turut melibatkan pembinaan terowong pengangkutan terpanjang dan jambatan kabel pertama India.

Dalam pada itu, pemerhati berpendapat pelaksanaan projek mega ini akan menjadi alat yang berkuasa untuk intergrasi sosial dan pengaruh politik.

Apatah lagi, Perdana Menteri India, Narendra Modi yang memimpin India sejak 2014 pernah berjanji untuk masa depan yang cerah dan pelaburan mega dalam infrastruktur kepada penyokongnya.

Perkara berkenaan turut dipersetujui oleh Pengarah Institut Asia Selatan di Wilson Center, Michael Kugelman.

”Jambatan itu dan pelbagai projek lagi oleh New Delhi dilihat sebagai satu lagi kemenangan besar bagi pembangunan rantau itu,” katanya.

India bina jambatan kereta api tertinggi dunia, pemankin ekonomi Kashmir

Jambatan yang menghubungkan Kashmir dengan seluruh India itu secara khususnya akan memacu perkembangan sektor perindustrian dan pertanian di rantau itu.

Sebelum ini, satu-satunya laluan yang menghubungkan Kashmir dengan seluruh India adalah laluan darat sepanjang 300 kilometer. Namun begitu, laluan berkenaan sering ditutup semasa musim sejuk dan kerap berlaku kemalangan sepanjang tahun.

Sushant Singh, Felo Kanan di Pusat Penyelidikan Dasar di India berkata jambatan itu juga mempunyai implikasi politik kerana ia dilihat sebagai cara untuk mengintegrasikan Kashmir ke India.

Dari segi sejarah pula, laluan kereta api termasuk Jambatan Chenab akan menjadikan Kashmir lebih dirasai sebagai sebahagian daripada India.

Bagaimanapun, perkara berkenaan masih perlu dilihat terlebih dahulu sekiranya mengambil kira sentimen penduduk Kashmir. Sebelum ini, kerajaan Mondi sering memperkenal polisi yang dilihat tidak mesra kepada wilayah tersebut.

Pada 2019, India membatalkan peruntukan perlembagaan yang memberikan wilayah Kashmir yang dikuasainya kuasa autonomi untuk menetapkan undang-undang sendiri.

Bahagian selatan dan timur wilayah itu yang sebelum ini dikenali sebagai Jammu dan Kashmir India kini menjadi dua wilayah kesatuan yang berasingan.

Langkah pengasingan itu didakwa Modi akan sebagai usaha menggalakkan kesatabilan, mengurangkan rasuah dan meningkatkan ekonomi.

BACA: Gara-gara Ibu bapa Tak Belajar Urus Kewangan, Anak-anak Menanggung Padah

Sumber: CNN

Raimi

peace on earth