Siakap Keli
pm thailand prayuth kerajaan
Kredit: BERNAMA

PM Thailand Prayuth Janji Buat Yang Terbaik Sehingga Kerajaan Baharu Dibentuk

PM Thailand Prayuth Janji Buat Yang Terbaik Sehingga Kerajaan Baharu Dibentuk

BANGKOK, 16 Mei (Bernama) — Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha berkata beliau akan melakukan yang terbaik sebagai ketua kerajaan sehingga kerajaan baharu dibentuk.

Prayuth, calon perdana menteri parti United Thai Nation (UTN) membuat kenyataan sulung itu selepas pilihan raya pada Ahad yang menyaksikan partinya sekadar memenangi 36 daripada 500 kerusi.

Beliau yang akan melepaskan jawatan perdana menteri membuat kenyataan itu kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan kabinet.

Prayuth turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat kerana telah melaksanakan hak mereka dan mengucapkan tahniah kepada semua parti politik.

Beliau menyeru rakyat supaya bersatu dalam mempromosi perpaduan untuk pembangunan, kestabilan, kemakmuran dan kelestarian negara.

BACA: Parti Anak Muda, Move Forward Menang Pilihan Raya Thailand

Bagaimanapun, Prayuth enggan memberikan sebarang komen apabila ditanya mengenai karier politiknya selepas partinya kecundang dalam pilihan raya itu.

Pada pilihan raya itu, dua parti pembangkang – Parti Move Forward dan Parti Pheu Thai – memperoleh 292 daripada 500 kerusi.

Dengan 99 peratus undi dikira, parti prodemokrasi yang dipacu golongan muda Move Forward mendahului dengan 152 kerusi manakala Pheu Thai yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Thailand yang dibuang negeri Thaksin Shinawatra, memenangi 141 kerusi.

Parti Bhumjaithai yang diketuai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam Anutin Charnvirakul (71 kerusi), Palang Pracharat yang merupakan parti utama gabungan pemerintah yang diketuai Timbalan Perdana Menteri, Prawit Wongsuwan (40 kerusi).

Parti-parti di barisan depan sedang berusaha membentuk gabungan untuk menubuhkan kerajaan baharu.

Sumber: BERNAMA

BACA: Buta Akibat Kemalangan, Aura Masitah Kekal Positif & Tersenyum Beri Inspirasi

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana